Pusat Perakaunan FPEP Anjur Seminar Penyelidikan Perakaunan

SELASA, 31 JULAI - Satu Seminar Penyelidikan Perakaunan telah dianjurkan Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memberi ruang kepada kakitangan akademik dalam bidang perakaunan di UMS membentangkan hasil penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan.

Berlangsung kelmarin di Bilik Seminar FPEP, penyertaan seminar itu turut melibatkan pembentang dan peserta dari beberapa institusi pengajian tinggi tempatan termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), University College Sabah Foundation (UCSF) dan Inti College Sabah.

Sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan meliputi peserta yang juga kakitangan akademik FPEP UMS, Pusat Perakaunan UMS, Fakulti Perniagaan dan Keusahawanan UCSF dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS

Selain pembentangan kertas kerja, para peserta juga mengambil kesempatan untuk saling bertukar idea dan membina jaringan antara satu sama lain bagi memudahkan interaksi berkaitan bidang penyelidikan perakaunan.

Seramai 35 peserta termasuk pelajar pascasiswazah FPEP UMS telah mengambil bahagian pada seminar tersebut.


 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.