ecocampus rangersRABU, 12 NOVEMBER - Inisiatif Pusat Pengurusan EcoCampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak terhad kepada program melibatkan pembangunan mampan kampus universiti, tetapi juga turut menekankan aspek pendidikan terhadap amalan kelestarian alam sekitar kepada masyarakat awam.
 
Justeru, Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2014 baru-baru ini turut menjadi medan pusat itu dalam mendidik masyarakat berhubung pemeliharaan alam sekitar.
 
‘EcoCampus Rangers’ iaitu kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada  40 ahli misalnya telah bertindakmemantau pengurusan sisa organik dan bukan organik di sekitar kawasan UMS Kampus Cawangan Sandakan melalui kerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakanbagi mengurangkan lambakan sampah sarap sepanjang program tersebut.
 
Kumpulan sukarelawan ini mengutipbahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti tin minuman, botol plastik dan botol kaca di setiap gerai, selain mengutip sisa – sisa organik yang kemudiannya dihantar ke tapak kompos Fakulti Pertanian Lestari untuk dijadikan baja.
 
Penduduk yang hadir pada program tersebut turut berpeluang mendalami amalan berkonsepkan lestari dalam menguruskan sumber seperti air dan elektrik melalui perkongsian ilmu oleh ahli-ahli EcoCampus Rangers, selain mengetahui tentang pembuatan kompos dengan sisa-sisa makanan mudah dan murah.
 
Pengarah Pihak Pengurusan EcoCampus, Dr Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul turut memuji inisiatif dari kumpulan sukarelawan terhadap aktiviti penjagaan dan pendidikan alam sekitar kepada orang awam, dan berharap agar inisiatif sebegini berterusan dalam program-program melibatkan pengurusan sisa pada masa akan datang.
 
Sumber: Shahida Mohd Sharif, FPL


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

vcSELASA, 11 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah menghalang kakitangan atau para pelajar untuk menganjurkan sebarang aktiviti perayaan di dalam kampus.
 
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, selain sebagai satu usaha untuk mengukuhkan budaya warisan turun-temurun, ia juga bagi meningkatkan jati diri dan mengangkat nilai moral warga kampus mengikut anutan dan kepercayaan agama masing-masing.

“Berhubung dengan laporan akhbar yang memberitahu bahawa UMS menghalang perayaan Krismas disambut di dalam kampus, pihak universiti dengan rendah diri menafikannya dan menyifatkan ia sebagai satu kesalahfahaman.

“Dari segi kronologinya, cadangan sambutan perayaan Krismas ini telah awal mendapat kelulusan yang menyaksikan pihak UMS sendiri turut menyediakan bajet untuk pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ujar beliau, pihak UMS turut menyokong hasrat pelajar yang inginkan penganjurannya dibuat secara meriah melibatkan komuniti setempat seiring dengan usaha ke arah merakyatkan universiti.

Datuk Dr. Harun berkata, pihak UMS memberi pilihan sama ada sambutan tersebut diadakan di luar kampus bagi memudahkan kehadiran ramai pengunjung tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan ruang tempat letak kereta yang terhad.

“Sesungguhnya, setiap aktiviti yang ingin dianjurkan akan mendapat kelulusan selagi tertakluk kepada peraturan-peraturan universiti,” jelasnya dalam kenyataan itu lagi.

Sebarang keraguan isu dan persoalan tentang UMS boleh diajukan kepada pihak pengurusan universiti melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian 088-320000 sambungan 1017/1650/1021. -SS


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

serah surat kontrakSELASA, 11 NOVEMBER – Satu majlis penyerahan watikah pelantikan panel kontraktor kerja-kerja penyelenggaraan kecil di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) diadakan di Café D’Sireh, Bangunan Canselori, kelmarin.
 
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, para kontraktor yang  dilantik memberi khdimat bakti di kampus juga umpama sebuah keluarga UMS, justeru setiap amanah yang diberikan perlu dijaga dengan baik untuk keselesaan bersama.
 
Beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap kontraktor yang terlibat akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan cekap dan berkualiti.
 
Sebanyak sembilan syarikat menerima watikah pelantikan iaitu Global Resources, Bizzy Enterprise, Kontraktor Dinarmas, Agaras Maju, HYQ Resources, Joebuilder Enterprise, Metro Mas Enterprise, Kontraktor Teguh Jaya dan Syarikat Usaha Sama.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shariff Abd Kadir Shariff Omang. –HH


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Naib Canselor UMS3SELASA, 11 NOVEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd.Harun Abdullah akan bersiaran secara langsung di RTM 1, TV AlHijrah dan Astro Awani pada 12 dan 13 November ini.

Membincangkan topik  ‘UMS Pemacu Transformasi Pendidikan Tinggi Negara’, beliau akan ditemubual secara langsung dalam rancangan ‘Selamat Pagi 1Malaysia’ di RTM 1, pukul 7.30 pagi esok.

Datuk Harun akan membincangkan topik yang sama dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ di TV AlHijrah, jam 9.30 pagi pada 13 November.

Pada hari sama, beliau akan turut ke udara sebagai tetamu undangan dalam rancangan ‘Analisis Awani’  yang dihoskan oleh Penerbit Eksekutif Astro Awani, Nazri Kahar pada jam 9.30 malam.

Kesemua temuramah secara langsung itu diadakan di studio stesen TV masing-masing di Kuala Lumpur. -MA-

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

buayanMONDAY, 10 NOVEMBER – The Youth and Community Development Club (BELKOM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) for the first time had partnered with UMS 4WD Volunteer Club in organising the Youth Expedition Programme to Crocker Range @ Kg. Buayan which ended yesterday.

According to the Director of the Youth Expedition Programme, Bishrul Hafis Md Rosly, the programme which ran for three days and two nights involved 15 students from the Faculty of Psychology and Education (FPP), UMS.

“This programme aimed to expose students to the realities on the hardships of life of people living in remote areas and the reception given to the community of Kg. Buayan espeically students of SKBuayan was very encouraging,” he said.

“Themed ‘Belia Bersama Komuniti’ (Youths and the Community), various educational programmes were organised as motivation especially to the students including their parents. We will continue to be an agent in efforts to uplift society especially youths residing in the rural areas,” he said.

He thanked Deputy Vice-Chancellor of Research and Innovation UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof and FPP Dean, Prof. Dr. Ismail Ibrahim for participating and always supporting their efforts in realising the community programme.

For the record, BELKOM UMS is a club under the guidance of FPP lecturer (Psychology Block), Dr. Getrude Cosmas Ah Gang @ Grace who is always positive and continue to work closely with the community to form an intelectual and productive society. – (fl)


Source: Youth and Community Development Club (BELKOM), FPP, UMS


Media and Citra Division
Chancellery Department