Konsert Program Muzik UMS 27 Jun Ini

Cetak
Dekan FKSW Dato Hamdan AdnanKHAMIS, 04 JUN – Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Konsert Program Muzik UMS bersempena Bengkel Muzik Orkestra pada 27 Jun depan.

Dekan FKSW, Profesor Dato’ Mohd Hamdan Haji Adnan berkata, penganjuran bengkel dan konsert tersebut merupakan salah satu usaha murni untuk memartabatkan lagi seni muzik orkestra di Sabah.

“Hal ini sejajar dengan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam meningkatkan lagi mutu seni muzik tanah air khususnnya di negeri Sabah ini,” katanya.

Tambah beliau, secara umumnya program tersebut dianjurkan untuk memberimanfaat kepada para pemuzik tempatan dalam meningkatkan lagi pengetahuan, teknik, dan juga penguasaan dalam permainan alat muzik masing-masing.

“Kita juga berharap masyarakat Kota Kinabalu dan peminat muzik akan hadir bagi memeriahkan lagi konsert ini yang akan menampilkan pelajar-pelar program muzik UMS,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bengkel orkestra dan konsert yang bakal berlangsung di Dewan Resital UMS, bolehlah menghubungi urusetia ditalian 013-8507712 atau 011-23680198.-ZMD

 

 

Bahagian Media dan Citra
Sumber: FKSW