
Pengarah lawatan itu, Jacky Jack berkata program tersebut bertujuan mengalakkan minat pelajar melancong destinasi menarik dalam negeri sambil mengamalkan aktiviti riadah.
“Program ini juga bagi memenuhi tuntutan yang diwajibkan dalam Kursus Sukan dan Pelancongan sekali gus membantu mahasiswa meningkatkan kemahiran insaniah pelajar khususnya berkaitan kualiti pengurusan aktiviti luar,” ujarnya ketika dihubungi Media.
Sementara itu, Timbalan Pengarah program lawatan, Nur Idzaty Yahya Azmi berkata sangat gembira kerana perancangan program tersebut terlaksana dengan baik dan sempurna.
“Kami bertolak dari Jeti Jesselton sekitar jam 9.00 pagi...Pulau Sapi adalah destinasi pertama dan kemudiannya kami ke Pulau Manukan.
“Antara aktiviti yang dijalankan di Pulau Sapi adalah parasailing dan snorkeling, manakala bola tampar pantai dan frisbee dijalankan di sekitar Pulau Manukan,” katanya.
Beliau turut menyuarakan rasa terima kasih kepada Katering D’Saiful dan krew Beachbums yang sama-sama membantu menjayakan program tersebut
Salah seorang peserta, Nur Amalina Ahmad memberitahu, program yang dirangka dalam kursus Sukan dan Pelancongan itu telah meningkatkan kesedarannya untuk lebih menghargai dan menjaga alam semula jadi.
“Pogram sebegini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah di samping menjadi kenangan manis kepada kami selepas tamat pengajian nanti,” ujarnya lagi. –SS
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Program Sains Sukan