SPS UMS anjur Bengkel Penulisan Skrip

Cetak

logoumsIsnin, 11 Mac 2013 - Sekolah Pengajian Seni (SPS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengadakan Bengkel Penulisan Skrip 2013 pada 12-14 Mac ini.

Bengkel tersebut yang diadakan bertempat di Bangunan SPS, Universiti Malaysia Sabah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Menurut kenyataan dari sekolah tersebut, bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan Penggiat Seni Sabah secara lebih mendalam dan tepat mengenai teknik penulisan skrip drama tv dan telemovie yang berkualiti.

Selain itu, bengkel ini juga mendedahkan peserta dengan teknik penjanaan dan perkembangan idea untuk diolah menjadi karya yang kreatif dan bermutu. Format penulisan proposal lengkap untuk pitching mengikut sistem yang diamalkan oleh kebanyakan stesen tv juga akan didedahkan kepada para peserta.

 

Sumber : Sekolah Pengajian Seni, UMS