UMS Muncul Sebagai SPR IPT Terbaik

Cetak
SPRM-8140RABU, 3 APRIL - Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah muncul sebagai Sekretariat Pencegahan Rasuah Insitut Pengajian Tinggi (SPR IPT) terbaik setelah berjaya melaksanakan 23 program yang melibatkan penyertaan seramai  5,000 siswa-siswi, pelajar sekolah menengah, kakitangan UMS dan masyarakat sekitar pada tahun 2012.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berada di tempat kedua dengan jumlah sebanyak lapan program yang dianjurkan melibatkan 2,280 siswa-siswi IPT di Sarawak. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berada di tempat ketiga dengan pelaksanaan enam program melibatkan 2,000 siswa-siswi UIAM dan juga pelajar-pelajar sekolah.

Pemilihan dipilih berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan pada tahun 2012 dalam melaksanakan program-program penceghan rasuah dan menyebarluas maklumat mengenai rasuah. Selain itu, pemilihan juga dibuat berdasarkan kepada kreativiti SPR IPT melaksanakan program serta impaknya dengan mengambilkira jumlah dan sasaran peserta dalam keseluruhan program.

Sementara itu, bagi pertandingan pengikut yang teramai dalam  Facebook pula telah dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pengikut seramai 1,498. Manakala Facebook teraktif pula dimenangi oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berdasarkan pengisian yang dibuat dengan mengambil kira maklumat-maklumat yang dipaparkan yang mempunyai mesej anti rasuah.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Harun Abdullah pada majlis Penutupan Konvensyen SPR IPT di Bankuasi Dewan Canselor UMS. Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd. Said.
 
Oleh Salbinous Saribun
Foto: Ernest Berinus
 
Seksyen Penerangan Media, Bahagian Perhubungan Korporat