Seminar Psikologi Kebangsaan-iii 2016

Cetak

    Pengenalan


    Latar Belakang

    Seminar Psikologi Kebangsaan-III 2016 (SPK-III 2016) merupakan seminar kali ketiga dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS). Seminar ini diadakan bertujuan sebagai platform kepada penyelidik, ahli akademik, kakitangan kerajaan, bukan kerajaan termasuk pelajar dalam bidang psikologi khususnya untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing di peringkat kebangsaan.

    Seminar ini akan diadakan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 26 & 27 Mei 2016. Dijangkakan seramai 200 orang peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan di seluruh negara akan menyertai seminar ini.

    Jawatankuasa penganjur seminar ini adalah terdiri daripada kakitangan UPPsiKS dan kakitangan FPP, UMS. Memandangkan bidang psikologi merupakan bidang yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa, banyak kajian berkaitan pelbagai bidang dalam psikologi telah dijalankan di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak UPPsiKS merasakan adalah satu usaha yang baik sekiranya dapatan kajian oleh penyelidik di seluruh negara dapat dikongsi bersama sebagai perkongsian ilmu dan membuka ruang untuk jalinan kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan dan perundingan. Adalah diharapkan peranan dan fungsi bidang psikologi di Malaysia dapat dimanfaatkan dan diperluaskan sesama penyelidik tempatan dan negara serantau melalui penganjuran seminar ini.

    Tema Seminar

    Tema Seminar SPK-III 2016 "Peranan Psikologi ke Arah Kesihatan dan Kesejahteraan Masyarakat" Seminar ini diadakan sebagai platform kepada penyelidik, ahli akademik, pelajar dalam bidang psikologi khususnya untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing di peringkat kebangsaan.

      Topik pembentangan seminar:

      • Psikologi Positif
      • Psikologi Kesihatan
      • Psikologi Keamanan
      • Psikologi Industri dan Organisasi
      • Pembangunan Belia dan Komuniti
      • Psikologi Kaunseling
      • Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga
      • Kerja Sosial
      • Isu-isu Sosial
      • Bidang Sains Sosial dan Sains seperti Pendidikan, Sukan, Kemanusiaan, Kesenian, Agama, Ekonomi, Pengurusan, Bahasa, Budaya, Etnik,Kesihatan, Kejururawatan dan bidang lain yang berkaitan
      Tarikh penting