Seminar Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2017

Cetak

Bidang pendidikan merupakan aset dan denyut nadi utama kepada pembangunan negara masa kini dan hadapan. Pendidikan yang berkualiti akan menghasilkan generasi dan anak bangsa Malaysia yang berketrampilan dan mampu membawa kepada wadah kejayaan negara masa akan datang. Justeru itu para pensyarah dan guru perlulah memastikan ilmu yang disampaikan dapat menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ini selari dengan hasrat untuk memartabatkan pendidikan seperti yang dihasratkan menerusi lonjakan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2015).

Dalam konteks menjulang kemuliaan dan releven profesion keguruan pula guru perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini dan akan datang khususnya dalam mempersiapkan profesion ini bagi melahirkan guru yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan tinggi. Oleh yang demikian pendidikan pada masa kini perlu diperkasakan selari dengan keperluan dan cabaran era baru dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di samping pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan murid.

Seminar Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam yang dianjurkan setiap tahun dalam hal ini berperanan besar ke arah mencetuskan paradigma dan halatuju pendidikan terkini di Malaysia. Pihak Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah buat julung-julung kalinya telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran seminar ini pada tahun 2017 dan ini membuka peluang dan ruang yang seluasnya kepada para pendidik di negeri Sabah khususnya untuk menjayakan aspirasi pendidikan negara.

Tema Seminar
"Guru Pembina Negara Bangsa"

Topik pembentangan Seminar:

Website Seminar http://conferences.cseap.edu.my/medc2017/