Kampus induk Universiti Malaysia Sabah dibina di atas tapak seluas 999 ekar, sesuai dengan penubuhannya sebagai universiti awam yang kesembilan di Malaysia.
Mercu Tanda

Dewan Canselor
Dewan Canselor boleh memuatkan kira-kira 5000 orang pada satu-satu masa dan digunakan untuk majlis-majlis universiti, antaranya seperti pendaftaran pelajar baharu, majlis ikrar pelajar baharu dan majlis konvokesyen. Dewan yang diilhamkan daripada bentuk gong ini mula digunakan pada tahun 2003.

Muzium UMS
Muzium UMS terletak di Aras Bawah Blok Selatan Bangunan Canselori. Ianya menempatkan bahan-bahan bernilai sejarah mengenai UMS. Muzium ini dibuka kepada para pengunjung dengan sedikit bayaran masuk. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.