Muzium dan Galeri

Cetak

MUZIUM UMS

 

Muzium UMS

 

Muzium Universiti Malaysia Sabah dirasmikan pada 25 Oktober 2003 oleh YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS yang pertama. Muzium ini merupakan sumber inspirasi dan ilham YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, yang mana dedikasi dan sumbangan beliau yang tidak berbelah bagi telah berjaya memacu Universiti melalui pelbagai tahap pembangunan.Tujuan penubuhan Muzium ini dipaparkan melalui koleksi bahan pameran dan artifak yang penuh dengan nilai sejarah dan simbolisme kepada UMS. Koleksi tersebut adalah cerminan kepada segala usaha, sumbangan bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pelbagai pihak dan individu sejak penubuhan UMS pada 24 November 1994 dalam merealisasikan pembangunan Universiti ini. Muzium UMS turut berfungsi melahirkan semangat jatidiri dan kebanggaan dalam sanubari, bukan sahaja setiap warga kampus tetapi juga rakyat Sabah dan Malaysia, secara keseluruhannya. Ia diwujudkan untuk memberi inspirasi dan menerap nilai-nilai kecemerlangan demi manfaat intelektual, kerohanian dan kendiri generasi masa depan.
 
 
HUBUNGI KAMI:
 
 
 
ENCIK MOHD HILMEY BIN SAILI
Timbalan Ketua Kurator
Galeri Azman Hashim UMS,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 320000 samb. 1650/1515
Faks : 088 – 320223
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

 

 

 

GALERI AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN 

 

Panorama Galeri

 

Galeri Akademik dan Penyelidikan UMS diwujudkan bagi mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan dan kecemerlangan akademik yang meliputi bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi dan perniagaan, sastera, seni dan sebagainya. Galeri ini merupakan "showcase" penyelidikan ahli-ahli akademik di fakulti-fakulti dan institut-institut yang terdapat di UMS. Bahan yang dipamerkan meliputi hasil penyelidikan yang sedang dijalankan mahupun penyelidikan yang telah memenangi anugerah dan mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.
 
 

 

 

 

AKUARIUM DAN MUZIUM MARIN

 

Akuarium Muzium Marin

 

Terletak pada pemandangan di kawasan pinggir laut yang indah, kompleks Akuarium-Muzium-Marin menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. Ia merupakan salah satu daripada komponen utama di dalam Marine BioValley di UMS khusus untuk menginspirasikan pemuliharaan di laut melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi serta penerokaan. Pembelajaran mengenai hidupan marin adalah lebih interaktif, menarik dan amat bernilai untuk dinikmati apa bila berada di dalam situasi kehidupan yang sebenar. Ini secara tidak langsung, ia menanam rasa hormat terhadap alam persekitaran marin dan menyemai pemahaman mengenai kepentingan persekitaran marin di dalam kehidupan manusia. Susun atur di dalam seksyen akuarium memaparkan ekosistem dengan komuniti kompleks bagi organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain di dalam persekitarannya menjadikan ia sebagai suatu pembelajaran yang unik. Bahan pendidikan seperti ini membantu di dalam membangun pemahaman serta kesedaran kita mengenai interaksi semua benda hidup dengan laut yang menjadi sebahagian daripada kewujudan yang mana juga memerlukan perlindungan.
 
 
Ruangan atrium mempersembahkan diorama menyelam yang memberi sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut. Di kelilingi oleh kepelbagaian biodiversiti marin pada persekitaran gua di dalam laut, bangkai kapal bagaikan memberi gambaran sebuah kisah. Para pelawat akan mengalami suasana yang menarik di seksyen akuarium apabila mereka berpeluan bersemuka dengan hidupan laut dan dihiburkan dengan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, ikan serta penyu dan lain-lain lagi. Ini secara tidak langsung menghasilkan rasa kagum dan sayang pada hidupan marin. Seksyen muzium menawarkan secara dekat fosil flora dan fauna marin termasuklah rumput laut, karang, penyu serta mamalia marin. Laluan paya bakau (Mangrove Walk) akan mengingatkan para pelawat dengan keperluan untuk memelihara dan memulihara tumbuhan pantai yang luar biasa ini. Sebuah buku berkenaan dengan Marine BioValley yang juga berfungsi sebagai panduan untuk akuarium serta menyediakan maklumat mengenai hidupan marin di Sabah turut dijual di kaunter masuk.
 
 
Antara fasiliti yang terdapat di AMUMS adalah:
  1. Diorama Menyelam di Pulau Sipadan
  2. Akuarium Marin
  3. Muzium Marin
  4. Bilik Mini Teater
  5. Ruang Ocean Outreach Corner
  6. Laluan Bakau dan Kolam Air Tawar
 
 
HUBUNGI KAMI:
 
 
CIK FLORA ANNE ASALIN
Kurator Kanan
Akuarium & Muzium Marin
Institut Penyelidikan Marin Borneo
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 320000 samb. 2332
Faks : 088 – 320261
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pautan: http://www.ums.edu.my/ipmb

 

 

 

 MUZIUM PERUBATAN 

 

 

Panorama Galeri

Muzium Perubatan merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Muzium ini di bawah seliaan Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan (FPSK) dan telah dirasmikan  pada tanggal 14 April 2010. Diinspirasikan oleh mantan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang pertama, Prof Dr Osman Ali; Muzium ini ditubuhkan bertujuan untuk member pendedahan umum tentang struktur tubuh badan manusia kepada para pelawat.
 
Muzium ini mempamerkan koleksi bahan pameran modal anatomi (specimen dan mannequin) yang terbahagi kepada 10 sistem iaitu:
 
Antara koleksi bahan pameran yang menarik terdapat di MuziumPerubatan adalah modal anatomi manusia yang telah di awet dengan teknik plantinasi. Bahan pameran seperti ini jarang dipamerkan dan pastinya lawatan ke Muzium Perubatan akan menjadi suatu pengalaman yang amat menarik dan bernilai kepada para pelawat.
 
 
 
Muzium perubatan juga bermatlamat untuk menjadi lambing aspirasi, keazaman dan kecemerlangan UMS dalam bidang perubatan kearah menjadi sebuah universiti yang cemerlang.
 
 
HUBUNGI KAMI:
 
EFFANDY BIN MOHD HATTA

Juruteknologi Makmal Perubatan

Muzium Perubatan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

 

Tel: 088-320000

Faks: 088-321377

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pautan: http://www.ums.edu.my/fpsk/ 

 

 

 

 

 

 GALERI BORNEENSIS

 

 Panorama Galeri

 

 

Galeri BORNEENSIS, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan sudah dibuka dengan rasminya pada 13 Mac 2016. Pembukaan galeri ini telah dirasmikan bersama oleh Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi, Mantan Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr Harun Abdullah dan Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip.
 
 
Galeri BORNEENSIS mempamerkan diorama tentang flora dan fauna pada habitat dan ekosistem yang berbeza seperti hutan tanah rendah, hutan tanah tinggi serta ekosistem akuatik. Para pelawat juga boleh melihat haiwan yang telah diawet seperti binturong, monyet belanda, tenggiling dan sebagainya disamping pelbagai jenis serangga. Galeri ini turut dilengkapi dengan mikroskop bagi membolehkan pelawat melihat morfologi serangga dengan lebih dekat dan jelas.
 
HUBUNGI KAMI
 
 
 
PUAN PETHERINE JIMBAU
Kurator Kanan
Galeri BORNEENSIS
Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 320000 samb. 2409
Faks : 088 – 320291
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 

GALERI AZMAN HASHIM UMS

 
Galeri Seni bernilai RM15 Juta adalah hadiah daripada pengusaha bank Tan Sri Azman Hashim. Galeri ini dibuka pada 24 November 2021. Galeri ini mempromosikan seni Borneo yang menampilkan karya artis dan pelajar tempatan dari fakulti seni UMS, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF).
 
Salah satu ciri seni bina Galeri yang unik ialah Menara Beriu, menyerupai bubu ikan, yang merupakan perangkap ikan tradisional yang digunakan oleh penduduk tempatan di Sabah. 83 anak tangga mendaki Menara Beriu membawa pelancong ke pemandangan panorama laut Teluk Sepanggar. Galeri ini menempatkan lebih 200 karya seni dan dilengkapi dengan baik untuk menampung acara dan program.
 
 
HUBUNGI KAMI: 
 
 
 
DR. MOHAMMAD PUAD BIN BEBIT
Pengarah
Galeri Azman Hashim UMS
No. 33, Samudera Drive
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 207901
Fax : 088 – 329231
E-mel: sifuartAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman web: https://www.ums.edu.my/gah/