Mercu Tanda UMS

Cetak

 

tasik sst

KAMPUS INDUK

Kampus induk Universiti Malaysia Sabah dibina di atas tapak seluas 999 ekar, sesuai dengan penubuhannya sebagai universiti awam yang ke Sembilan di Malaysia.


 

PanoramaJAMokMENARA JAM

Menara Jam tersergam megah, menyambut kedatangan setiap tetamu ke Universiti Malaysia Sabah. Menara yang diilhamkan oleh Naib Canselor keempat iaitu Ybhg.Prof.Datuk Dr.Mohd.Harun Abdullah ini didirikan pada tahun 2014 dan terletak di bulatan jalan masuk ke kampus induk.

 

menarajamdcDEWAN CANSELOR

Dewan Canselor boleh memuatkan kira-kira 5000 orang pada satu-satu masa dan digunakan untuk majlis-majlis universiti, antaranya seperti pendaftaran pelajar baharu, majlis ikrar pelajar baharu dan majlis konvokesyen. Dewan yang diilhamkan daripada bentuk gong ini mula digunakan pada tahun 2003.


 

bangunancanseloriwebokBANGUNAN CANSELORI

Bangunan Canselori yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran antaranya seperti Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari tersergam indah di puncak bukit UMS. Bangunan ini juga dikenali sebagai Twin Tower dikalangan warga UMS.

 

DKP2okKOMPLEKS DEWAN KULIAH PUSAT KE-2

Kompleks dewan kuliah pusat yang kedua mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011. Selain menempatkan dewan-dewan kuliah, ianya juga menempatkan pejabat pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Akademik.

 

NewMuziumPanoramaokMUZIUM UMS

Muzium UMS terletak di Aras Bawah Blok Selatan Bangunan Canselori. Ianya menempatkan bahan-bahan bernilai sejarah mengenai UMS. Muzium ini dibuka kepada para pengunjung dengan sedikit bayaran masuk. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

JetiUMSokJETI UMS

Jeti yang menganjur ke Teluk Sepanggar ini merupakan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan kepada penyelidik dan pelajar yang mengadakan penyelidikan berkaitan hidupan marin.