Objektif

Cetak
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan badan induk Universiti kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS) yang mewakili seluruh pelajar berdaftar Universiti.  Penubuhannya adalah mengikut Seksyen 57 Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah 1998 melalui proses pilihanraya setiap tahun dimana calon pelajar dan setiap sekolah di dalam Universiti ini akan bertanding untuk menduduki kerusi yang diperuntukan di dalam satu Pilihanraya MPP yang sama seperti Pilihanraya Umum. Semua pelajar berdaftar yang sedang mengikuti kursus diperingkat ijazah secara automatik menjadi ahli MPP dan layak mengundi untuk memilih wakil-wakil daripada sekolah untuk mewakili mereka di dalam MPP.
 
1)   Kesarjanaan
Meningkatkan kesarjanaan akademik dengan memastikan 70 % daripada pelajar UMS mendapat PNGK 2.50 ke atas
2)   Kesahsiahan
Menanamkan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme
3)   Kokurikulum
Memantapkan kemahiran insaniah dan meningkatkan semangat daya saing dalam aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang disertai di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global
4)   Kebajikan
Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang terbaik sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti
5)   Kesepaduan
Mengukuhkan amalan-amalan kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional