Semasa Majlis

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN - Semasa Majlis
1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN.
  • Majlis Konvokesyen UMS Ke-20 akan diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah pada :
 
Tarikh
: 23, 24 & 25 November 2019
Hari
: Sabtu, Ahad & Isnin
 
  • Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa mengenai sebarang maklumat Majlis Konvokesyen
  • melalui laman web http://konvo.ums.edu.my/
 
2. YURAN KONVOKESYEN.
  • Graduan, sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak, wajib membayar yuran konvokesyen mengikut kadar RM185.00.
  • Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, boleh membayar yuran konvokesyen pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari, Blok Utara Bangunan Canselori atau secara online. Walau bagaimanapun, Skrol/Transkrip graduan hanya dikeluarkan selepas tamat sidang graduan dan segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.
  • Hutang pelajar boleh disemak melalui laman web https://konvo.ums.edu.my

 

3. KAD JEMPUTAN DAN PELEKAT KENDERAAN.

  • Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk 3 orang tetamu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor. Kad jemputan tetamu akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah. Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  • Pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pinjaman jubah. Pelekat ini hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan bagi tuan/puan yang menggunakan kenderaan sendiri.
  • Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.

 

4. TARIKH TAKLIMAT DAN RAPTAI GRADUAN.

  • Sesi taklimat dan raptai graduan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 21 November 2019 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat: Dewan Canselor

* Tertakluk kepada perubahan

 

5. PAKAIAN DAN RUPADIRI.

  • Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki berpakaian seperti berikut:

A. Lelaki :
i. Pakaian bersesuaian dengan majlis rasmi.
ii. Seluar panjang dan baju berlengan panjang yang menutup hingga ke leher (seluar jeans/pakaian sukan tidak dibenarkan).
iii. Graduan lelaki digalakkan memakai lounge suit berwarna gelap dan memakai tali leher.
iv. Kasut bertutup berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan).

 

B. Perempuan :
i. Pakaian bersesuaian dengan majlis rasmi.
ii. Baju/blaus berlengan panjang yang menutup hingga ke leher.
iii. Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut.
iv. Graduan perempuan digalakkan memakai baju kurung (Warna bebas).
v. Kasut berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal dan kasut yang berwarna terang (striking) tidak dibenarkan). Tidak digalakkan memakai kasut bertumit tinggi dan mempunyai tapak yang licin.
vi. Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.

 

Sila ambil perhatian, Majlis Konvokesyen adalah majlis rasmi. Graduan dinasihatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti yang dinyatakan di atas.


SEKIRANYA GRADUAN TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG
DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN
MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS
KONVOKESYEN.

 

6. PERATURAN DAN KOD BERPAKAIAN BAGI TETAMU GRADUAN.

  • Ibubapa/tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut :

A. Pakaian Tetamu Lelaki
i. Kebangsaan; atau
ii. Batik; atau
iii. Lounge Suit; atau
iv. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans, seluar pendek dan kemeja-T tidak dibenarkan).
 

B. Pakaian Tetamu Wanita
i. Kebangsaan; atau
ii. Pakaian rasmi atau pakaian sopan (Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, seluar jeans dan seluar pendek adalah TIDAK DIBENARKAN).

  • Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Canselor melalui pintu-pintu yang telah ditetapkan oleh pegawai petugas.
  • Tetamu digalakkan memakai pakaian yang bersesuian dengan keadaan Dewan Canselor yang dilengkapkan dengan penghawa dingin

 

7. PERATURAN LALULINTAS DAN TEMPAT LETAK KERETA GRADUAN.

  •  Laluan Masuk Kenderaan Graduan, ibubapa/tetamu graduan Ke Dalam Kampus

i. Laluan masuk ke dalam kampus UMS bagi graduan dan ibubapa adalah melalui pintu masuk utama.

  • Tempat Letak Kereta Graduan, Ibubapa/tetamu Graduan

i. Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu graduan ditempatkan di tempat letak kereta Fakulti Kejuruteraan (FKJ) atau sekitarnya yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan UMS. Sila ikut arahan daripada pengawal

 

8. GAMBAR KONVOKESYEN.

  • Para graduan tidak dibenarkan untuk menggunakan kamera dan perakam video di dalam dewan semasa majlis berlangsung. Pengambilan gambar semasa Majlis Konvokesyen akan diuruskan oleh jurugambar yang dilantik oleh UMS.

 

9. MASALAH KESIHATAN (GRADUAN KURANG UPAYA/MENGANDUNG).

  • Sekiranya graduan mengalami masalah kesihatan yang ketara dan bermasalah untuk beratur dan berjalan dalam perbarisan memasuki dewan seperti tidak boleh berjalan, graduan perempuan yang mengandung, perempuan yang baru lepas bersalin atau memakai kerusi roda, sila lapor kepada pegawai bertugas
  • Sekiranya tetamu graduan adalah daripada golongan kurang upaya, mengalami masalah kesihatan atau mengandung, sila maklumkan lebih awal kepada petugas semasa pengambilan jubah di Dewan Kuliah Pusat

 

 

10. KEMUDAHAN LAIN – SURAU.

  • Kemudahan surau disediakan di Bangunan Dewan Canselor bersebelahan Pejabat Pusat Kokurikulum dan Aras 1, Bangunan Anjung Siswa (Hal Ehwal Pelajar), bersebelahan dengan Bangunan Dewan Canselor.

 

11. SEBELUM GRADUAN MEMASUKI DEWAN

Sila patuhi perkara-perkara berikut sebelum graduan memasuki Dewan:

1. Graduan hendaklah berkumpul di Laman Graduan Dewan Canselor dan beratur mengikut program dan fakulti pada masa berikut:

Sidang pagi : 7.00 pagi

Sidang petang: 12.30 tengah hari

2. Graduan hendaklah memastikan sidang yang dihadiri adalah betul.

3. Jubah dan Hud dipakai kemas.

4. Graduan memakai pakaian mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan (Sila rujuk perkara 5 Pakaian dan Rupadiri).

5. Graduan tidak membawa bersama beg tangan, bunga, makanan dan minuman serta barang-barang lain yang tidak dibenarkan.

6. Telefon mudah alih berada dalam mod senyap (silent mode).

7. Graduan menggunakan tandas sebelum memasuki Dewan.

8. Graduan membawa bersama kad Alumni/ Touch n Go dan Kad pengenalan.

PERINGATAN: PENERIMA IJAZAH TIDAK BOLEH DIWAKILKAN OLEH ORANG LAIN SELAIN DARIPADA GRADUAN SENDIRI

12. DISIPLIN MAJLIS.

  • Setiap graduan dan tetamu tidak dibenarkan melakukan perkara berikut semasa di dalam Dewan.

i. Menggunakan telefon bimbit sewaktu dalam Dewan.
ii. Membawa bunga dan beg tangan sewaktu berarak.
iii. Mengambil gambar atau perakam video di hadapan pentas.
iv. Membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan.
v. Membuat bising.

 

13. HALANGAN MENGIKUTI SIDANG KONVOKESYEN DAN PENAHANAN SKROL & TRANSKRIP

  • Pelajar yang masih berhutang dengan pihak Universiti Malaysia Sabah atau belum memulangkan buku Perpustakaan atau mempunyai saman/denda lalulintas atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Fakulti/Bahagian di Universiti Malaysia Sabah diingatkan
  • supaya menyelesaikan urusan dengan bahagian berkenaan dan melangsaikan hutang dengan segera.
  • Sekiranya bayaran atau penyerahan telah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan apabila mengambil jubah atau sewaktu menuntut skrol Ijazah dan transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar dihalang daripada mengikuti Sidang Konvokesyen dan skrol ijazah serta transkrip pelajar akan ditahan.

 

Sumber: bpa.ums.edu.my

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.