
Pusat dan unit penyelidikan UMS yang ditubuhkan untuk menguruskan keperluan penyelidikan dan pembangunan dengan memberi tumpuan kepada hasil tempatan negeri Sabah.
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (PPPK)
Entrepreneurship Research and Development Centre (ERDEC) sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (PPPK), terletak di blok Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah, telah dinaiktaraf menjadi pusat pada tahun 2014 sebagai salah satu pusat kecermelangan di UMS yang menfokuskan kepada penyelidikan dalam bidang keusahawanan serta aktiviti pembangunan usahawan tempatan. Bagi merealisasikan fungsi tersebut, ERDEC bekerjasama dengan usahawan, graduan universiti awam dan swasta, perusahaan kecil dan sederhana (SME), pusat dan institusi pembangunan keusahawanan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan di Sabah khususnya, dan Malaysia amnya. ERDEC juga menjadi pusat rujukan kepada graduan atau individu yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang keusahawanan.
Fungsi ERDEC
- Menjadi pusat kecermelangan dalam penyelidikan berkaitan keusahawanan.
- Menjadi pusat pembangunan keusahawanan yang berfokus kepada pembangunan usahawan dan masyarakat sekitar.
- Menjadi pusat rujukan kepada graduan dan individu yang memerlukan khidmat nasihat dalam keusahawanan.
- Bekerjasama dengan penyelidik serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam aspek penyelidikan dan pembangunan keusahawanan.
Kumpulan Sasaran
- Graduan/alumni
- Usahawan/pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (SME)
- Agensi/Institusi kerajaan dan bukan kerajaan yang telibat dalam pembangunan keusahawanan
- Penyelidik/ahli akademik
PENYELIDIKAN KEUSAHAWANAN
- Menjalankan penyelidikan keusahawanan
- Melantik felo-penyelidik,usahawan & NGOs
- Applied research: Pemadanan di antara SMEs & penyelidik (PPRN)
PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
- Program latihan keusahawanan modul institusi luar
- Program latihan keusahawanan modul ERDEC
WACANA KEUSAHAWANAN
- Seminar, forum, perbincangan meja bulat
PENYEBARAN MAKLUMAT & ILMU KEUSAHAWANAN
- Penerbitan suku tahunan
MEMUPUK SEMANGAT / KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DI KALANGAN MASYARAKAT
- Vulnerable groups (cth. belia, pesara)
- Program Entrepreneurial Capacity Building (cth. ibu tunggal)
- Maklumat sedang dikemaskini...
- Maklumat sedang dikemaskini...
- Maklumat sedang dikemaskini...
- Maklumat sedang dikemaskini...
Hubungi kami untuk sebarang kemusykilan seperti maklumat berikut:
- Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (ERDEC)
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia - +6088320000 samb 1504
- Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Kunjungi kami untuk maklumat lanjut