Kenapa UMS?

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan sebuah universiti awam (UA) ke-9 ditubuhkan di Malaysia yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Berpaksikan motto ‘Bertekad Cemerlang’, matlamat penubuhan UMS bukan semata-mata menghasilkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara tetapi bermatlamat menghasilkan graduan yang berbakat, berkemahiran tinggi dan mengkhusus dalam pelbagai bidang.


UMS bermula dengan tiga buah sekolah dan satu pusat dan menerima seramai 205 pelajar sesi akademik pertama pada tahun 1995. Kemudian, sebanyak 10 buah sekolah lagi ditubuhkan secara berperingkat termasuklah dua kampus cawangan iaitu di UMS Kampus Antarabangsa Labuan yang menempatkan dua buah sekolah dan UMS Kampus Cawangan Sandakan dengan sebuah sekolah.

Pada 6 Mei 2014, perisytiharan nama sekolah ke fakulti telah berlangsung dan penukaran ini berkuat kuasa bermula 1 Jun 2014. Senarai fakulti tersebut ialah Fakulti Sains dan Sumber Alam; Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan; Fakulti Psikologi dan Pendidikan; Fakulti Komputeran dan Informatik; Fakulti Pertanian Lestari; Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan; Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan; Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Sehingga tahun 2020, UMS telah berjaya menghasilkan kira-kira 75,000 graduan dalam pelbagai bidang dengan purata kemasukan pelajar baharu seramai 4,000 orang setahun. Pada Majlis Konvokesyen UMS ke-21, seramai 3,690 graduan menerima ijazah Sarjana Muda, 2 menerima ijazah Diploma Pascasiswazah, 396 menerima ijazah Sarjana dan 71 menerima ijazah Doktor Falsafah.

UMS menawarkan sebanyak 72 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang terdiri daripada program Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Sains Makanan, Pertanian, Perhutanan, Seni, Sains Sosial, Perniagaan, Perakaunan dan Ekonomi.  UMS mempunyai kira-kira 15,000 pelajar prasiswazah dan 2,500 pelajar pascasiswazah yang mengikuti pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.

UMS mengutamakan kualiti menyeluruh termasuklah kualiti graduan serta kualiti institusi. UMS bertekad untuk mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan, khidmat masyarakat serta mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya.

Ia juga mendukung aspirasi utama yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). UMS komited merealisasikan transformasi pendidikan bagi menghasilkan golongan belia yang mampu menangani cabaran serta suasana masa depan yang rumit dan sentiasa berubah.

Justeru, menerusi Pelan Strategik UMS 2018-2022, sebanyak enam Kunci Keberhasilan Utama (KRA) telah ditetapkan, iaitu Pengalaman Pendidikan Berkualiti kepada Pelajar; Impak Tinggi Penyelidikan dan Inovasi; Keunggulan Global; Pemerkasaan Governan, Sumber Manusia dan Sistem Penyampaian; Kelestarian Kewangan dan Kampus Lestari.

Hasilnya amat membanggakan apabila buat pertama kali UMS telah tersenarai di kedudukan 801-1000 dalam QS World University Ranking bagi tahun 2020 dan terbaru dalam QS Asia University Ranking 2021, UMS berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-210 terbaik Asia.

Ahli Akademik

UMS mempunyai kira-kira 1056 kakitangan akademik, yang mana 556 orang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf. Tenaga akademik UMS sangat beriltizam untuk meneroka ilmu melalui penyelidikan dan pengajaran. Ini terbukti melalui pencapaian-pencapaian yang diiktiraf sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian terbaru ialah di 31st International Invention Innovation and Technology Exhibition, Malaysia (ITEX2020) apabila para penyelidik UMS mendapat 1 Anugerah Khas Malaysian Innovator Product Award (MIPA), 8 emas dan 2 perak pada 21 November 2020.

Di samping itu, ahli-ahli akademik UMS menggiatkan peranan mereka sebagai penyelesai masalah kepada industri dan masyarakat sekitar melalui program pemindahan ilmu. UMS tidak lagi beroperasi semata-mata sebagai pusat pengajian tinggi, malah telah menjadi rakan kepada pihak industri, kerajaan dan masyarakat untuk penjanaan, pembangunan dan pengkomersialan idea dan inovasi.

Pengajaran dan Pembelajaran

UMS menekankan pendekatan secara holistik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang mana teori dan praktikal adalah diberi penekanan yang sama bagi memastikan pelajar mendapat ilmu dan kemahiran yang seimbang. Pelajar akan diajar menggunakan modul yang dibangunkan untuk menyampaikan ilmu berdasarkan perspektif moden serta terkini. Program-program pengajian adalah direka bentuk dengan kerjasama pihak industri yang berkaitan bagi memenuhi keperluan industri.

Pelajar-pelajar juga akan melalui program sangkutan di industri, amali berstruktur, program mobiliti dalam dan luar negara dan peluang perkembangan kerjaya. UMS juga menerapkan kemahiran dan pemikiran keusahawanan di dalam kurikulum dan kokurikulumnya bagi melahirkan graduan yang mencipta pekerjaan dan bukannya mencari pekerjaan. Usaha-usaha ini meletakkan UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang sangat mementingkan kejayaan pelajarnya. Iltizam UMS dalam meningkatkan kebolehpasaran graduannya dibuktikan menerusi pencapaian sebanyak 90.45 peratus graduan pada 2019 yang telah bekerja.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika kualiti pelaksanaannya sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan mengikuti perkembangan teknologi. Sebagai contoh, sistem pengurusan pembelajaran (learning management system) telah dipertingkatkan kepada SMARTV3 menggantikan SMART2UMS. Sistem baharu ini dibangunkan berdasarkan platform yang diiktiraf dunia yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif.

Kemajuan pelajar juga dapat dipantau dengan lebih efisien menerusi SMARTV3 ini. Usaha meningkatkan keberkesanan operasi dan penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan platform internet atau secara atas talian terus dipergiatkan. UMS kini melaksanakan perkhidmatan Kampus Tanpa Tunai, pendigitalan bahan perpustakaan, aplikasi STARS dan Smart Hadir untuk rekod kehadiran kakitangan dan pelajar, Sistem HR Online dan Servis Atas Talian untuk kakitangan, Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu, Sistem Maklumat Pusat Penyelidikan (SMPPPI) dan beberapa sistem lain. Semua ini bertujuan untuk menyediakan suatu suasana yang kondusif yang menyokong pembelajaran di samping menjamin keselesaan hidup dalam kampus.

Kemudahan Universiti

Kampus UMS merupakan salah satu daripada kampus tercantik di dalam negara, dengan landskap yang menarik, kehijauan dan struktur bangunan yang mengagumkan. Semenjak penubuhannya, UMS sentiasa berusaha menyediakan kemudahan moden di samping mengekalkan keadaan semula jadi di sekitarnya. UMS mempunyai kemudahan perkhidmatan bas, perpustakaan, makmal dengan peralatan canggih, makmal multimedia, kemudahan Wi-Fi, pusat sukan, asrama, kafe, muzium, galeri, akuarium, masjid dan pusat rawatan.

Alumni UMS

UMS adalah antara institusi yang menyumbang kepada sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran di dalam negara. Sehingga kini, UMS telah menghasilkan kira-kira 75,000 graduan, termasuk 1,332 graduan merupakan pelajar antarabangsa dari negara-negara seperti China, Brunei, Iraq dan Indonesia.

Alumni UMS kini berkhidmat di pelbagai organisasi terkenal dan tidak kurang juga yang kini menjadi usahawan yang berjaya. Peluang pengajian di UMS telah membekalkan mereka dengan kemahiran dan ilmu seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta kemahiran bahasa yang membantu mereka meneroka dunia kerjaya dengan berkeyakinan. Di samping itu mereka juga dididik agar sentiasa beretika dan berpegang teguh kepada agama.

 

 

20 April 2022 - Notis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT UMS

21 September 2021 - PELAN PEMULIHAN NEGARA – SOP FASA 2 BAGI SELURUH NEGERI SABAH

29 Julai 2021 - Suntikan Vaksin PPV UMS Capai 3,000 Dos Sehari 

24 Julai 2021 - Kapasiti PPV UMS Ditingkatkan Sehingga 3,000 Dos Sehari

   17 Julai 2021 - Pengurangan Yuran Pelajar Di Universiti Awam Sepanjang Pandemik Covid-19

13 Julai 2021 - Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi mengenai Pengendalian Program Akademik Pendidikan Tinggi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

10 Julai 2021 - Pergerakan Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Pulang Sempena Cuti Semester 2020/2021

1 Julai 2021 - Kenyataan Akhbar Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia

28 Jun 2021 - Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 Bagi Negeri Sabah

3 Jun 2021- Hospital UMS suntik 1,000 Dos Vaksin Sehari

2 Oktober 2020 - KPT: PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020

27 September 2020 - KPT: PENANGGUHAN KEMASUKAN PELAJAR (BAHARU DAN LAMA) DARI KAWASAN ZON MERAH COVID-19 KE IPT

10 Jun 2020 - UCAPAN DR. RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN “PENGUMUMAN TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH”

27 Mei 2020 - KPT: KENYATAAN MEDIA PENGENDALIAN AKTIVITI AKADEMIK DI KAMPUS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

21 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH: SOP SAMBUTAN PERAYAAN

10 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA YAB KETUA MENTERI SABAH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TAHAP 5

6 Mei 2020 - KPT: KENYATAAN MEDIA MENGENAI KEBENARAN UNTUK IBU BAPA MENGAMBIL PELAJAR IPT DI KAMPUS

3 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA YAB KETUA MENTERI SABAH: PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) COVID-19

2 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH: SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

2 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA YAB KETUA MENTERI SABAH: PENGECUALIAN MENJALANKAN KUARANTIN DI PUSAT KUARANTIN BAGI PELAJAR SABAH DARI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SARAWAK

26 April 2020 - KPT: KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT KE KAMPUNG HALAMAN

16 April 2020 - KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) TAHUN INI BAGI SESI AKADEMIK 2020/2021

14 April 2020 - UMS TERUSKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL SUMBANGKAN PERALATAN PELINDUNG DIRI KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

12 April 2020 - PESANAN KEPADA PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI BERIKUTAN PENGUMUMAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA 3

10 April 2020 - TEKS PERUTUSAN KHAS YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA

10 April 2020 - SOALAN LAZIM PEROLEHAN KERAJAAN

8 April 2020 - JEMAAH MENTERI MEMBENARKAN PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR TAMBAHAN UNTUK BEROPERASI DALAM TEMPOH PKPD

9 April 2020 - KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH SELAKU PENGERUSI SABAH COVID-19 COMMAND CENTRE

6 April 2020 - LANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

2 April 2020 - KENYATAAN MEDIA RESPON UMS KE ATAS LAPORAN AKHBAR MENGENAI UMS MOHON SUMBANGAN MAKANAN UNTUK PELAJAR

24 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

23 Mac 2020 - KENYATAAN SIDANG MEDIA YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM TALIAN

19 Mac 2020 - PENGUMUMAN ASNB

19 Mac 2020 - PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

19 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

18 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

16 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA (KHAS) YAB KETUA MENTERI SABAH MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

13 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG STATUS KESIHATAN KAKITANGAN UMS YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TABLIGH DI MASJID SERI PETALING, SELANGOR PADA 27 FEBRUARI HINGGA 1 MAC 2020

9 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG POSTING DI DALAM MEDIA SOSIAL YANG DIKAITKAN DENGAN COVID-19

26 Jun 2020 - e-Rencana: Adaptasi Kenali dan Kitar Semula Botol Plastik Pensanitasi Tangan

24 Jun 2020 - e-Rencana: Adaptasi Kecerdasan Emosi Sosial Dalam Norma Baharu

19 Jun 2020 - e-Rencana: Tragedi Titik Buta Ekonomi

17 Jun 2020 - e-Rencana: Ketahui Kandungan Pembasmi Kuman dalam Pensanitasi Tangan

17 Jun 2020 - e-Rencana: KARAKTER INSAN TERPILIH: Pegawai Pengiring Pelajar OPS Pergerakan Pulang Pelajar IPTA/IPTS

15 Jun 2020 - e-Rencana: Amalan Norma Baharu dengan Teori Freud

15 Jun 2020 - e-Rencana: Kesan COVID-19 kepada Manusia dan Alam

12 Jun 2020 - e-Rencana: COVID-19 dan Norma Baharu Pelancongan: Apa Solusinya?

12 Jun 2020 - e-Rencana: Pesona Mata Norma

10 Jun 2020 - e-Rencana: Empat Dimensi Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya Fizikal

10 Jun 2020 - e-Rencana: Cabaran Ekosistem Pelancongan Kampus

8 Jun 2020 - e-Rencana: Pembelajaran Maya Sepanjang PKP

8 Jun 2020 - e-Rencana: Membina Kedamaian dalam Era Pandemik COVID-19

5 Jun 2020 - e-Motivasi: Kawalan Kendiri Memutuskan Rantaian COVID-19

5 Jun 2020 - e-Rencana: Mengalami Anxiety Semasa PKP Akibat COVID-19?

3 Jun 2020 - e-Rencana: Normal Baharu: Apakah akan berlaku kepada atlit sukan selepas PKP berakhir?

3 Jun 2020 - e-Rencana: Bangunkan Semula Industri Rumpai Laut Negara

1 Jun 2020 - e-Rencana: Fasa Norma-Normal

31 Mei 2020 - e-Rencana: Menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia

23 Mei 2020 - e-Rencana Khas: Norma Baharu Semasa Ramadhan dan Eid Fitri 1441Hijrah

23 Mei 2020 - e-Rencana Khas: PKP Menjelang Raya, Kaamatan dan Gawai

22 Mei 2020 - e-Rencana: Bahan Utama Pembuat Roti

22 Mei 2020 - e-Rencana: Terapi Jati Diri Menerusi Aktiviti Seni Bela Diri

22 Mei 2020 - e-Rencana: Pandemik COVID-19 Dalam Konteks OKU

20 Mei 2020 - e-Motivasi: Kekal Berhubung Dengan Ibu Bapa Walau Dari Kejauhan

20 Mei 2020 - e-Rencana: Ruang Refleksi Kreativiti Usahawan

18 Mei 2020 - e-Rencana: “Alah Bisa Tegal Biasa”: Ekosistem Baharu, Pengajaran dan Pembelajaran Baharu

18 Mei 2020 - e-Motivasi: PKP: Kesempatan Yang Indah

18 Mei 2020 - e-Rencana: Lesu Upaya (Burnout)

15 Mei 2020 - e-Rencana: Kaedah Bersukan Yang Selamat

15 Mei 2020 - e-Rencana: Kurangkan Kebergantungan Terhadap Bekalan Beras Import Menerusi Kaedah Alternatif Penanaman Padi

15 Mei 2020 - e-Motivasi: Covid-19: Ibrah dan Rahmat

13 Mei 2020 - e-Motivasi: Bersama Kerajaan Tangani Pandemik Covid-19

13 Mei 2020 - e-Motivasi: Toleransi Sosial Jayakan Strategi PKP

13 Mei 2020 - e-Motivasi: 24 Kekuatan Karakter Menghadapi COVID-19

11 Mei 2020 - e-Rencana: Perkasa Pertahanan Sempadan Negara Pasca COVID-19

11 Mei 2020 - e-Rencana: Pengajaran Dari Pengkarya Agung Sewaktu Dalam Penjara

11 Mei 2020 - e-Rencana: Pelihara Keghairahan Harmoni, Elak Keghairahan Obsesif Sewaktu Bekerja Dalam Tempoh PKP

8 Mei 2020 - e-Motivasi: Institusi Masjid Laksana Fungsi Dalam Talian

8 Mei 2020 - e-Rencana: Sihat dan Seronok Duduk Di Rumah

8 Mei 2020 - e-Rencana: Teknik Menghasilkan Manik Tanah Liat Polimer

6 Mei 2020 - e-Rencana Ekonomi Dibuka, Wabak Dibendung

6 Mei 2020 - e-Motivasi: Ketahanan Kendiri Perisai Kesejahteraan Diri

6 Mei 2020 - e-Motivasi: Pandemik Covid-19 Latih Mental Menjadi Kuat

4 Mei 2020 - e-Motivasi Serap Tekanan Covid-19

4 Mei 2020 - e-Motivasi: Hargai Kerjaya Barisan Hadapan

4 Mei 2020 - e-Motivasi: PKP Hadirkan Peluang Tingkat Kemahiran PdP Dalam Talian

1 Mei 2020 - e-Rencana: TM IS OK ~ Tips Menghasilkan Penulisan Popular