Karnival Pendidikan Tinggi Negara akan Bermula Esok

打印
karnival300JUMAAT, 10 APRIL- Orang ramai dipelawa untuk menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) “Jom Masuk IPT” yang diadakan bermula esok sehingga Ahad di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Karnival yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang itu bakal menyajikan pelbagai program seperti pameran pendidikan, forum, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta kuiz selain beberapa acara lain yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Dalam masa sama, karnival tersebut juga akan menjadi pusat sehenti bermaklumat kepada orang ramai yang ingin mendapatkan informasi mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan tajaan atau pembiayaan pengajian.
Program tersebut akan disertai jabatan-jabatan dan agensi yang terlibat dengan  KPM  seperti Universiti Awam dan Swasta, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelbagai agensi lain.
Majlis perasmian penutupannya akan diadakan esok dan dijangka akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Dijadual hadir sama, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. –SS