Praktis Tugasan Perlu Seiring dengan Pengiktirafan: Pemangku Pendaftar

打印
En. Noman Jabatan PendaftarISNIN, 30 MAC – Setiap kakitangan yang bertugas perlu membuktikan setiap tugasan yang dibuat seiring dengan pengiktirafan yang diperoleh.

Itulah intipati ucapan yang disampaikan oleh Pemangku Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), No’man Hj. Ahmad semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar kali ke-3 yang berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori kelmarin.

Beliau berkata, kecemerlangan sesebuah jabatan berkait rapat dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh kakitangan yang bertugas.

“Tunjukkan dan buktikan melalui tugasan yang diamanahkan dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan bermutu tinggi,” tegas beliau rentetan daripada penerimaan anugerah yang diperoleh Jabatan Pendaftar pada awal tahun ini.

UMS menerusi Jabatan Pendaftar memperoleh dua pengiktirafan iaitu pensijilan semula 5S dan anugerah gangsa dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Sebagai sebuah jabatan yang memberikan perkidmatan utama kepada UMS, kita perlu sentiasa berganding bahu untuk mengekalkan prestasi kerja ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya di hadapan kira-kira 50 kakitangan Jabatan Pendaftar.

Selain itu, No’man turut memuji dasar penjimatan yang diuruskan Jabatan Pendaftar apabila menggabungkan tiga majlis utama universiti iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Inovasi dan Anugerah Penyelidik UMS (APUMS) menjadi satu majlis iaitu Anugerah Kecemerlangan Universiti yang dijadualkan berlangsung pada 16 April ini. –CD-

 

 

Bahagian Media dan Citra
Foto: Suzeanywati Gasinin, BPK