Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA OPERASI PERKHIDMATAN INSTRUMEN (XPS) YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS, UMS
Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan X-ray Photoelectron Spectroscopy (XPS) di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah akan dibuka semula mulai 23 Februari 2026. Sehubungan dengan itu, permohonan penggunaan perkhidmatan ini akan dibuka bermula pada tarikh tersebut.
Poster pemakluman pembukaan semula operasi perkhidmatan XPS dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.


