English (UK)BahasaMelayuMalaysia

UMS DAN HOSPITAL GLENEAGLES MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BERSAMA


UMS DAN HOSPITAL GLENEAGLES MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BERSAMA.

Pada 14 Julai 2020, satu sesi penyerahan Hand Sanitizer telah diadakan di Makmal Analisis Air, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), UMS.

UMS telah memberikan khidmat bantuan kepada Hospital Gleneagles untuk menghasilkan sebanyak 2000 botol (bersamaan 100L) Hand Sanitizer untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat kepada orang awam. Hand Sanitizer tersebut telah dihasilkan menggunakan formula yang disarankan oleh WHO. Projek kerjasama ini telah diketuai oleh Prof. Madya ChM. Dr. Moh Pak Yan, Ketua Unit Penyelidikan Air.

Sesi penyerahan Hand Sanitizer telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Baba Musta, Dekan FSSA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles, Dr. Tan Bee Hwai. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Jacqueline Chin (Hospital Gleneagles), Prof. Madya ChM. Dr. Moh Pak Yan dan ChM. Dr. Mohd. Sani Sarjadi (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains dan Sumber Alam).