MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

JEJAK ALUMNI DAN PELANCARAN CHAPTER ALUMNI ZON PUTRAJAYA

 

JEJAK ALUMNI DAN PELANCARAN CHAPTER ALUMNI ZON PUTRAJAYA

Published: Tuesday, 25 April 2017 

 

IMG 20170309 WA0025

 

 

KHAMIS, 9 MAC – PUTRAJAYA: Pelancaran Chapter Alumni Zon Putrajaya pada 9 Mac 2017 telah menyaksikan Encik Mohamad Farizal Bin Mohamad Shawal dilantik sebagai Ketua Chapter, sementara Timbalan Ketua Chapter disandang oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd. Zaidy Bin Abdul Kadir, Cik Lyn D’Amor Buquing sebagai Setiausaha dan Encik Ahmad Fazili Bin Abdul Hamid selaku Bendahari.

Program Jejak Alumni dan pertemuan ramah mesra bersama alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) diserikan dengan acara Citra Karisma di mana para memperkenalkan diri masing-masing dan memaklumkan perihal status pekerjaan pada masa kini.

Seramai 61 orang alumni UMS telah berjaya dijejaki bukan sahaja yang bertugas di Putrajaya, malah kehadiran daripada alumni yang bertugas di kawasan berdekatan juga turut memeriahkan majlis.

           Pengarah Pusat Alumni, Encik Mohd Raffie HjJanau memaklumkan Chapter Alumni Zon Putrajaya merupakan Chapter yang ke-8 dilancarkan sejak tahun 2012 dan tujuan utama program adalah untuk menjejaki alumni UMS bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin bersama alma mater.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Y.Brs. Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Katanya, alumniUMS merupakan Duta Kecil yang membawa kecemerlangan melalui jenama UMS di serata tempat.

Ismail berharap chapter ini akan menjadi landasan kepada semua alumni untuk lebih kerap berhubung dengan alma mater kerana UMS sentiasa terbuka untuk para alumni kembali menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing.

Source: Dk. Rozlina Pg. Aliuddin

 

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

2.png6.png1.png2.png5.png5.png
Khamis, 14 Disember 2017 00:22