BahasaMelayuEnglish (UK)

Pengumuman Penting: Pemeriksaan mengejut fasa 2 tahun 2019 bagi pengurusan kewangan sedang dijalankan bermula September hingga Disember 2019

INFOGRAFIK |

News

General Info ::

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,
Pihak UMS telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Bank Islam berkenaan isu pembayaran yuran pengajian pelajar melalui Bank Islam yang sepatutnya diterima mulai pada hari ini.
Menurut pihak bank, terdapat perubahan tarikh mula bayaran yuran melalui Bank Islam daripada tarikh asal 17hb Ogos 2015 kepada 20hb Ogos 2015 (Khamis).
Sehubungan itu, pelajar yang ingin membuat bayaran yuran pengajian melalui Bank Islam tidak perlu menyatakan nombor akaun UMS semasa berurusan di kaunter bank nanti. Pelajar cuma perlu melengkapkan slip bayaran dengan mengisi nombor bil (13 digit) seperti yg tertera di penjuru atas sebelah kanan Bil Pelajar.
Untuk bayaran melalui ATM / CDM pula, pelajar cuma perlu memasukkan nombor kad pengenalan di dalam menu Pembayaran Yuran IPTA, kemudian pilih Bil Pelajar yang tertera pada skin. Skrin berikutnya akan memaparkan rekod maklumat pelajar di Bank Islam berkenaan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan.
Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar ingin menjelaskan yuran pengajian sebelum tarikh 20hb Ogos 2015, pelajar juga boleh membuat bayaran menggunakan kaedah perkhidmatan Financial Process eXchange (FPX).
Sila rujuk kaedah pembayaran di dalam Manual Pengguna atau Panduan Pendaftaran yang boleh dimuat turun melalui laman web 
www.edaftar.ums.edu.my.
Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.

Bahagian Kewangan Pelajar
Jabatan Bendahari
UMS