English (UK)BahasaMelayuMalaysia
×

Notis

LanternFish Database plugin not installed correctly or not published - Jomfish will not work in this state

Pengenalan

Pengenalan

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. FKAL menawarkan 5 program Sarjanamuda dalam bidang-bidang Kewangan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam. Adalah dijangkakan dalam masa 10 tahun, 20% pelajar-pelajar akan terdiri daripada pelajar-pelajar dari luar negara. Halatuju program-program akademik FKAL ialah untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang bersifat global. FKAL bertekad untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Fokus pengajaran dan pembelajaran di FKAL ialah pengurusan perniagaan global yang berteraskan kepada teknologi multimedia.

Visi Sekolah

FKAL bertekad menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang berperspektif global agar dapat mencerminkan Labuan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa.

Misi Sekolah

FKAL menawarkan program akademik untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan dan kewangan antarabangsa yang berteraskan kepada teknologi multimedia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Matlamat Sekolah

Menghasilkan pendidikan ilmu perniagaan dan kewangan yang berperspektif global melalui pengajaran, penyelidikan dan penerbitan;

Menghasilkan pendidikan yang seimbang dengan menggabungkan kemahiran-kemahiran konseptual, teknikal, kemanusiaan dan komunikasi;

Melahirkan sumber tenaga berilmu serta terlatih dalam bidang-bidang perniagaan dan kewangan antarabangsa yang berteraskan kepada latihan gunaan teknologi multimedia;

Melahirkan sumber tenaga mahir yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa dan berupaya menyumbang kepada pembangunan negara; dan

Sentiasa berusaha menjalinkan hubungan dengan sektor industri, kerajaan dan masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.