BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

 

btn about us btn about us deans msgbtn about us profilebtn about us visionbtn about us sitemapbtn about us admin

Profile

 

UMSKAL thumbnail 2

Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Informatik  Labuan (SSIL) telah ditubuhkan pada Mei 1999 bertujuan untuk menawarkan bidang teknologi maklumat yang bersifat ' soft Science' dan berorientasikan persekitaran perdagangan. Pada Oktober 2003 Universiti Malaysia Sabah telah diiktiraf sebagai status MSC oleh pihak Multimedia Development Corporation (MdeC). Pengiktirafan ini merupakan satu aras bertaraf dunia yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai sala satu entiti yang berpotensi menghasilkan graduan yang berkualiti.

Sewaktu penubuhan, SSIL hanya menawarkan dua program namun pada 1 Jun 2014, SSIL telah dinaiktaraf kepada fakulti dengan diberi nama Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI). Melalui penaik tarafan ini, dua buah program dari Sekolah kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) UMS kampus Induk telah digabungkan di bawah FKI. Ini menjadikan program yang ditawarkan di awah FKI kepada empat iaitu:

* Sarjana Muda Sains(Teknologi Multimedia) dengan Kepujian

* Sarjana Muda Teknologi Maklumat (E-Dagang) dengan Kepujian

* Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian

* Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Rangkaian) dengan Kepujian

Perkembangan teknologi maklumat dan pengkomputeran amat ketara seklai malah ianya dianggap sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan manusia pada masa sekarang. Sejajar dengan itu, penguasaan ilmu ICT yang terhasil daripada kecanggihan penggabungan peranan di antara teknologi maklumat dunia tanpa sempadan dimana penyampaian ilmu dan maklumat tidak dibatasi oleh masa dan fizikal. Justeru pelaksanaan sesuatu kerja dapat dilakukan dengan lebih cekap dan dinamik.