BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PENGENALAN

PENGENALAN

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) dizahirkan hasil daripada cetusan minda YBhg. Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan menggabungkan dua jalur pengajian iaitu Sains Sosial dan Seni melalui penggabungan Sekolah Pengajian Seni dan Sekolah Sains Sosial, bersempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan UMS. FKSW menawarkan sembilan program pengajian seperti Teknologi Seni Visual; Seni Kreatif; Seni Muzik; Hubungan Industri; Hubungan Antarabangsa; Antropologi dan Sosiologi; Geografi; Sejarah dan juga Komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu berpandukan modul-modul khas oleh para pensyarah yang berbakat dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

FKSW merupakan sebuah pusat pengajian multi disiplin yang memberi tumpuan kepada pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan dalam pelbagai bidang bertujuan untuk melahirkan para graduan yang bersahsiah dan berketerampilan tinggi, berupaya menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan agama, masyarakat dan negara. Kursus-kursus yang ditawarkan di fakulti ini digubal khusus dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, kemasyarakatan, persekitaran dan penguasaan ternologi terkini demi melahirkan golongan profesional dan ahli intelek dalam bidang seni dan juga sains sosial.

Pihak pengurusan fakulti yang penuh dedikasi bertekad menjadikan FKSW sebagai sebuah pusat pendidikan terulung pada peringkat prasiswazah dan juga pascasiswazah. Kedudukan UMS di Borneo berada dalam persekitaran masyarakat yang berbilang etnik dan kaya dengan khazanah alam membuka pelbagai peluang penyelidikan dan penerokaan dalam berbagai disiplin sains sosial dan kesenian kepada para siswazah.

MATLAMAT

Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan berusaha ke arah kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Fakulti ini akan berusaha melahirkan graduan yang bertanggungjawab, berketrampilan dan sedia berkhidmat untuk kesejahteraan agama, bangsa, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

  1. Mengembangkan ilmu Sains Sosial dan Kesenian melalui pengajaran dan penyelidikan berasaskan teknologi terkini yang menyeluruh bagi melahirkan para graduan yang berpendidikan dan berupaya menatar, memasar dan memasyarakatkan bidang Sains Sosial dan Seni dengan ilmu-ilmu lain.
  2. Melahirkan kumpulan pakar dalam kesemua bidang Sains Sosial dan Kesenian yang mampu menawarkan khidmat pakar rujukan dan rundingan.
  3. Melahirkan para professional seni dan sains sosial yang terlibat secara proaktif dalam industri berkaitan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
  4. Menjalinkan hubungan fakulti dengan pihak industri berkaitan swasta, kerajaan dan masyarakat setempat.
  5. Mengeratkan hubungan dan kerjasama akademik dalam bidang sains social dan kesenian dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.
  6. Melaksanakan sistem piawaian yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); serta mendapat penilaian dari pakar dalam dan luar negara.

ssoembosssmpembosshrembossmycpdemboss emelstafemboss smartumsembosselnptakademikembosselnptbknakademikemboss