Matematik dengan Ekonomi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ini menyediakan latar belakang matematik yang kukuh di samping mendedahkan pelajar kepada hubungan yang wujud di antara matematik dengan ekonomi termasuk mikroekonomi, makroekonomi, pengurusan kewangan dan ekonometrik. Pelajar akan membina dan menunjukkan kemampuan mereka untuk berhujah secara matematik dengan membina pembuktian secara matematik, mengenalpasti dan menganalisa data berangka secara tepat melalui kursus-kursus teras matematik. Pelajar mampu untuk mengaplikasi kaedah-kaedah matematik yang sesuai untuk mendapatkan penyelesaian bukan sahaja di dalam bidang ekonomi, malahan dalam bidang-bidang lain. Graduan yang mempunyai latar belakang matematik yang kukuh di samping pemahaman konsep ekonomi mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah. Mereka juga mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam bidang matematik dan ekonomi.

PROSPEK KERJAYA
Bank, syarikat insurans, syarikat pelaburan, guru, pensyarah, jabatan perangkaan, perancang kewangan.