• image
dengarkan

Segmen

Walaupun radio KKFM ini baru sahaja dilancarkan namun telah beroperasi selama 24 jam dan mempunyai lima segmen utama iaitu:

Atukoi Pagi KK  - Segmen terbaharu bagi tahun 2014 yang menampilkan Othoe sebagai penyampai yang mesra dan dekat kepada pendengar yang tidak putus-putus menghubungi atau memberi komen yang dapat menceriakan pagi anda.

Zon Kampus – Segmen yang memfokuskan isu pendidikan dari peringkat sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi, serta berkongsi info sama ada dari segi kesihatan mahupun perkembangan semasa.

HotH – Segmen ini juga bersifat umum tetapi dalam versi inggeris. DJ yang mengendalikan segmen ini ialah pelajar universiti dari program komunikasi dan juga seorang kakitangan KKFM yang mempunyai pengalaman sebagai DJ dan pengacara.

Ampai-Ampai Krew – Segmen ini juga bersifat umum dan sangat santai. Segmen ini lebih kepada menciut hati dengan gelagat DJ dan topik yang dibincangkan. Segmen ini dikendalikan oleh DJ Felix Agus (AF3) dan DJ Ramli Carlo.

Pilihan KK – Segmen ini juga bersifat umum tetapi kelainannya lebih kepada membenarkan pendengar membuat permintaan lagu dan ucapan. Segmen ini dikendalikan oleh DJ Romy iaitu seorang bekas pelajar UMS dari program komunikasi.

Zon Bebas Cakap – Segmen ini hanya menyiarkan lagu, promo, teaser dan jingle. Tiada DJ yang mengendalikan siaran pada waktu ini.
 
Masa

Segmen

Bahasa

Penyampai / DJ

0600 - 1000

Krew Pagi

Melayu

ALVIN & ZA( Isnin - Jumaat)

1000 - 1300

Zon Kampus

Melayu

NIZZ & AJ (Isnin – Khamis)
&
GG DAN SANTI (Jumaat – Ahad)

1300 - 1600

Café 911

 Inggeris

 ALBERT DAN KALAI (Isnin – Jumaat)
&
CICI (Sabtu – Ahad)

1600 - 2000

Ampai-ampai Krew

Melayu

FELIX DAN RAMLI(Isnin Jumaat)
&
CICI DAN LAN (Sabtu – Ahad)

2000 - 0000

Pilihan KK

Melayu

ROMY (Isnin – Khamis)
&
SAFF (Jumaat – Ahad)

0000-0600

Zon Bebas Cakap

-

-


Rumusan Segmen

• Semua segmen di KKFM ini kecuali segmen Zon Bebas Cakap mempunyai sesi interaktif iaitu melalui panggilan telefon dan sms serta melalui laman sosial facebook.
• Semua segmen di KKFM ini kecuali segmen Zon Bebas Cakap akan mempunyai orang yang ditemual mengikut kesesuaian topik yang bakal dibincangkan.

• Semua segmen di KKFM ini akan menyampaikan info-info berkenaan topik yang dibincangkan dan juga info berkenaan kepentingan masyarakat seperti isu kesihatan dan sebagainya selaras dengan kegunaan radio sebagai institusi masyarakat.