Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

JASUMA

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

Piagam Pelanggan

 LOGOUMS

PIAGAM PELANGGAN

JABATAN PENDAFTAR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT;

BIL.

JANJI

 TANGGUNGJAWAB

BAHAGIAN PENTADBIRAN AKADEMIK

1

Mengeluarkan surat tawaran dan maklumat penting bagi kemasukan pelajar baharu yang berjaya ditawarkan melalui laman web UMS dalam tempoh masa lima (5) hari berkerja.

Unit Pengambilan

Dan Kemasukan Pelajar

2

Mengadakan Pra Pendaftaran Kursus pada Minggu ke-10 dan ke-11 semester semasa bagi semester akan datang.

Unit Pendaftaran & Penjadualan

3

Memaparkan jadual kuliah semester akan datang di laman sesawang pada minggu ke-10 semester semasa.

Unit Pendaftaran & Penjadualan

4

Memaparkan Jadual peperiksaan di laman sesawang pada minggu ke-11 pengkuliahan setiap semester.

Unit Peperiksaan & Penilaian

5

Mengeluarkan slip peperiksaan melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada minggu ke-9 pengkuliahan.

Unit Peperiksaan & Penilaian

6

Memaklumkan keputusan permohonan yang diluluskan di peringkat Pra Siswazah dan Senat dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas kelulusan diterima.

Semua Unit

7

Menyediakan surat pengesahan pelajar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

Unit Pendaftaran & Penjadualan

8

Mengambil tindakan ke atas aduan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

Semua Unit

9

Membekalkan data yang dipohon dari dalam dan luar dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh permohonan yang lengkap diterima.

Unit Pengurusan Maklumat

10

Memastikan 100% pelajar yang memenuhi syarat pengijazahan termasuk dalam senarai layak bergraduat.

Unit Pengijazahan

11

Mengedarkan takwim Mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah dan Senat tahun akan datang pada minggu kedua bulan Disember pada tahun semasa

Semua Unit

12

Mengedarkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pra siswazah, Senat dan mesyuarat utama BPA dalam tempoh 7 hari waktu bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.

Semua Unit

13

Memproses tempahan ruang dewan kuliah Pusat dalam tempoh sehari daripada tarikh penerimaan tempahan yang lengkap.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

14

Mengeluarkan permohonan perolehan PU03 (Borang permohonan pembelian bekalan/perkhidmatan) bagi keperluan aktiviti BPA melalui sebutharga/rundingan terus dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh kelulusan dan tarikh dokumen lengkap diterima.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

15

Mengumumkan sidang konvokesyen dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh majlis konvokesyen berlangsung

.

Unit Pengurusan Graduan

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

1

Mengeluarkan surat panggilan temuduga atau menghubungi calon tentang temuduga tersebut dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum tarikh temuduga;

Unit Pengambilan (Akademik) &

Unit Pengambilan (Bukan Akademik)

2

Memaklumkan keputusan temuduga jawatan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh temuduga dijalankan;

Unit Pengambilan (Akademik) &

Unit Pengambilan (Bukan Akademik)

3

Memastikan proses pelanjutan tempoh perkhidmatan staf kontrak dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh tamat perkhidmatan;

Unit Pengambilan (Akademik) &

Unit Pengambilan (Bukan Akademik)

4

Memproses permohonan peletakan jawatan daripada staf (kecuali mereka yang mempunyai ikatan kontrak) dalam masa 14 hari bekerja selepas penerimaan permohonan;

Unit Pengambilan (Akademik) &

Unit Pengambilan (Bukan Akademik)

5

Mengeluarkan surat pengesahan jawatan dalam masa 10 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Jawatan Universiti;

Unit Pengesahan Jawatan

6

Mengeluarkan surat keputusan kenaikan pangkat dalam tempoh 21 hari bekerja selepas kelulusan Jawatankuasa/Lembaga Pengarah Universiti;

Unit Kenaikan Pangkat

7

Mengeluarkan laporan pergerakan gaji tahunan mengikut bulan pergerakan gaji iaitu Januari, April, Julai dan Oktober;

Unit Saraan

8

Melaksanakan proses penilaian prestasi setahun sekali.

Unit Pengurusan Prestasi

9

Mengemukakan dokumen-dokumen untuk proses persaraan wajib/persaraan secara pilihan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan;

Unit Perhubungan Pekerja

10

Mengumumkan Kalendar Latihan tahunan akan datang pada Minggu Kedua bulan Disember pada tahun semasa;

Unit Latihan (Akademik) &

Unit Latihan Bukan Akademik

11

Memproses permohonan staf JFPIU untuk menganjurkan atau menghadiri kursus luar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan diterima;

Unit Latihan (Akademik) &

Unit Latihan Bukan Akademik

12

Memaklumkan keputusan permohonan menghadiri kursus luar dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas kelulusan;

Unit Latihan (Akademik) &

Unit Latihan (Bukan Akademik)

13

Memaklumkan keputusan Program Transformasi Minda (PTM) kepada peserta dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diluluskan dalam Mesyuarat Panel PTM;

Unit Pengurusan Bakat

14

Memaklumkan keputusan permohonan berkaitan cuti belajar kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima kelulusan Jawatankuasa Pengajian Lanjutan;

Unit Pengajian Lanjutan (Akademik) &

Unit Pengajian Lanjutan (Bukan Akademik)

15

Memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan dalam tempoh 48 jam.

Unit Pentadbiran

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN

1

Mengedarkan dokumen mesyuarat LPU selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat;

Unit LPU

2

Memastikan perakuan minit mesyuarat diedarkan untuk tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;

Unit LPU

3

Surat maklumat pemakaian Pekeliling Perkhidmatan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diluluskan oleh pihak LPU;

Unit LPU

4

Aduan pelanggan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari;

Unit Perkhidmatan Pelanggan

5

Memastikan keputusan mesyuarat pengurusan Majlis-Majlis Rasmi Universiti dan Jabatan Pendaftar diambil tindakan selama 3 hari bekerja;

Unit Pengurusan Majlis

6

Memproses permohonan pos (Laju, Berdaftar dan Sistem Franking) dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan;

Unit Rekod dan Mel

7

Memastikan pakaian seragam dibekalkan setiap tahun seperti dalam peraturan sebelum Julai;

Unit Pentadbiran dan Kewangan

8

Memastikan proses bayaran tuntutan klinik panel diselesaikan selama tjuh (7) hari dari tarikh tuntutan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN INTEGRITI

1

Memberikan khidmat nasihat perundangan secara bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh diterima.

Seksyen Penasihatan & Guaman

2

Memberikan pandangan perundangan secara bertulis mengenai sebarang implikasi undang-undang terhadap sebarang dokumen perjanjian atau memorandum persefahaman dalam tempoh 7 hari bekerja dari dari tarikh diterima.

Seksyen Gubalan

3

Menyemak dan mengesahkan borang perisytiharaan harta pekerja Universiti dalam tempoh 7 hari dari dari tarikh diterima.

Seksyen Siasatan & Dakwaan

4

Menyelesaikan kes-kes tatatertib pekerja dalam tempoh 8 bulan dari tarikh diterima.

Seksyen Siasatan & Dakwaan

5

Menyelesaikan kes-kes tatatertib pelajar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh diterima.

Seksyen Siasatan & Dakwaan

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

1

Perubahan atau pertukaran rekod kakitangan di HRMIS JPA akan diproses selewat-lewatnya 3 hari.

Seksyen Kawalan dan Dasar

2

Permohonan maklumat daripada pihak dalaman UMS akan diproses selewat-lewatnya 3 hari bekerja dari tempoh penerimaan rasmi

Seksyen Maklumat Strategi

3

Permohonan maklumat daripada pihak luar UMS akan diproses selewat-lewatnya 7 hari bekerja dari tempoh penerimaan rasmi

Seksyen Maklumat Strategi

4

Pembangunan sistem baru akan disiapkan selewat-lewatnya 12 bulan.

Seksyen Aplikasi Utama

5

Penambahbaikan sistem akan disiapkan selewat-lewatnya 6 bulan.

Seksyen Aplikasi Utama

6

Bantuan Online pengguna seperti pertukaran password dan panduan pengguna akan dilakukan selewat-lewatnya 1 jam.

Bahagian Pengurusan Maklumat

BAHAGIAN KESELAMATAN

1

Membuat kawalan keselamatan kampus 24 jam sehari.

Seksyen Penguatkuasaan

2

Menjalankan rondaan keselamatan 3 syif setiap hari.

Seksyen Penguatkuasaan

3

Menyediakan laporan kes keselamatan dalaman dalam tempoh 7 hari bekerja.

Seksyen Penguatkuasaan

4

Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.

Seksyen Penguatkuasaan

5

Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.

Seksyen Penguatkuasaan

6

Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.

Seksyen Perkhidmatan

7

Menyiapkan papan tanda penunjuk arah sehari sebelum aktiviti.

Seksyen Perkhidmatan

8

Menyelesaikan perkhidmatan kaunter dalam masa kurang 15 minit

Seksyen Perkhidmatan