Bahasa MelayuEnglish (UK)

Pengenalan

Unit Penyelidikan Tuberkulosis

Unit Penyelidikan Tuberkulosis, UMS telah ditubuhkan pada 23 Julai 2012. Tujuan utama penubuhan ini adalah untuk melaksanakan penyelidikan penyakit Tuberkulosis (Batuk Kering) dan menyediakan perkhidmatan kesihatan (klinik dan makmal) untuk pesakit Tuberkulosis. Dengan demikian dapat mengurangkan kes penyakit tuberkulosis dan komplikasinya serta mengawal kes kerintangan ubat Tuberkulosis.

Visi

Unit Penyelidikan Tuberkulosis, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berazam untuk menjadi sebuah unit yang bukan sahaja mampu menjalankan penyelidikan terhadap penyakit Tuberkulosis malah boleh menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit tuberkulosis (batuk kering).

Misi

Unit Penyelidikan Tuberkulosis Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS komited untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan fasiliti penyelidikan penyakit dan memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit tuberkulosis (batuk kering).

Objektif Unit

1. Ke arah mengukuhkan sistem kesihatan dengan cara :-

1.1 Menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan

1.2 Menjalankan operasi penyelidikan

2. Ke arah meningkatkan penjagaan pesakit di sabah dengan kerjasama Kementrian Kesihatan Malaysia.

3. Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan rawatan tuberkulosis (batuk kering) termasuk kes-kes di kawasan yang mempunyai sumber yang terhad serta kawasan pendalaman melalui penubuhan klinik tuberkulosis komunity dengan sebuah organisasi Korea Selatan “Zero TB World (ZTBW)” untuk mewujudkan kemudahan kesihatan di kawasan-kawasan sasaran.

4. Menjalankan kaji selidik keatas kerintangan ubat anti- Tuberkulosis (batuk kering).

5. Meningkatkan kemudahan makmal di UMS dengan pengkulturan dan ujian sensitiviti untuk Mycobacterium tuberculosis serta jaminan kualiti (QA) yang diiktiraf.

6. Meningkatkan pengawasan berkomputer dan mengukuhkan sistem pemantauan.

7. Mengadakan kerjasama dengan organisasi tempatan, serantau dan antarabangsa dengan tujuan mengawal batuk kering.

8. Ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium ( Millenium Development Goals MDG) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu pengurangan kepada separuh frekuensi kes batuk kering menjelang tahun 2015.

9. Menyediakan latihan kepada kakitangan.

10. Menginovasi kaedah yang sesuai bagi penyediaan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.