|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

PASCASISWAZAH

ANTARABANGSA

MOBILITI UMS

Pelajar Antarabangsa


Nota: Untuk malumat lanjut, sila layari laman web Pusat Hubungan Hal Ehwal Antarabangsa http://www.ums.edu.my/phea
 
  • Borang
      1. Permohonan Visa
     
      1. Pelajar dikehendaki memohon 
    Visa with Reference (VWR)
      1. 2 minggu sebelum tiba di Universiti Malaysia Sabah. Setiap permohonan perlulah disertkan bersama dokumen-dokumen berikut:- 
  • Surat Tawaran
  • Salinan Papsot
  • Gambar Paspot (2 keping)
  • Setem Hasil RM10

 

  • Maklumat Tambahan
  • Pelajar antarabangsa yang datang menuntut di Universiti Malaysia Sabah mendapati komuniti pelajar dan kakitangan Universiti adalah komuniti yang mudah mesra dan mempunyai persekitaran hidup yang selesa dan sesuai untuk pembelajaran. Universiti Malaysia Sabah menawarkan khidmat sokongan kepada pelajar antarabangsanya. Kakitangan universiti yang bertauliah dan berpengalaman; bersedia membantu pelajar yang datang dari berbilang kaum, adab resam dan latar belakang pendidikan yang berbeza dalam proses menyesuaikan diri dengan komuniti universiti.

    Di UMS, khidmat sokongan yang diberikan kepada pelajar antarabangsa adalah termasuk khidmat permohonan kemasukkan universiti, khidmat permohonan visa dan program orientasi kepada pelajar baru.

    Malaysia

    Malaysia adalah sebuah negara moden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia. Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia telah mencapai 29 juta orang. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dengan Melayu, Cina dan India yang hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai. Melayu ialah masyarakat terbesar dengan mencapai 60% daripada populasi Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mempunyai hak politik yang besar. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Budha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7% hingga 10% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bercakap Tamil, Malayalam, dan Hindi, dan tinggal di bandar bandar besar di pantai barat semenanjung. Selain itu, ada juga kaum Sikh, Eurasian dan kaum bumiputera lain.

    Cuaca

    Malaysia amat bertuah kerana beriklim Tropika dengan suhu 22 - 35 Darjah Celsius. Panas dan hujan sepanjang tahun..

    Bahasa

    Bahasa rasmi di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil juga digunakan secara meluas dalam pertuturan harian, transaksi perniagaan, siaran radio mahupun televisyen dan dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua selepas bahasa rasmi Negara. Dengan ini secara keseluruhan, rakyat Malaysia boleh bertutur dan berkomunisasi menggunakan bahasa Inggeris. Dalam erti kata lain, pelajar antarabangsa tidak akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat Malaysia.

    Agama

    Terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, terdapat pelbagai agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Agama rasmi ialah agama Islam, meskipun begitu, masyarakat Malaysia bebas untuk menganuti agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha. Di Malaysia, terdapat banyak tempat beribadah mengikut kefahaman yang dianuti seperti masjid, gereja, dan kuil.

    Kos Sara Hidup

    Secara umumnya, purata kos sara hidup bagi pelajar antarabangsa yang menginap di dalam kampus adalah RM3,500.00 setahun termasuk makanan, tempat tinggal dan sara hidup peribadi. Manakala bagi pelajar yang tinggal di luar kawasan kampus, kos sara hidup adalah di antara RM6,000.00 - RM7,000.00 setahun termasuk tempat tinggal dan kemudahan pengangkutan.

    Informasi Tambahan

    Zon Waktu: UTC+8

    Matawang: Ringgit Malaysia (MYR) adalah mata wang rasmi Malaysia. Pertukaran matawang asing adalah RM3.80 = US$1.00.

    Syarat-Syarat Kelayakan Bahasa Inggeris

    Pemohon-pemohon antarabangsa yang berjaya memasuki universiti ini haruslah menunjukkan keupayaan dan bukti (sijil-sijil yang diiktiraf) kemahiran Bahasa Inggeris mereka bagi mengikuti program-program di UMS. Sila rujuk dengan Pusat Pengajian Pascasiswazah (Bahagian Kemasukan) bagi syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36