Auditee merujuk kepada JAFPIB yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sesuatu objek auditan atau pihak yang diaudit.
Tugasan auditan ditentukan melalui rancangan sudit yang disediakan pada setiap akhir tahun. Rancangan audit ini akan dibawa kepada Naib Canselor untuk persetujuan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk kelulusan.
Auditan khas adalah audit yang dilaksanakan atas arahan khas daripada Naib Canselor dan auditan ini tidak termasuk dalam rancangan audit tahunan.
Setiap laporan yang dikemukakan oleh Bahagian Audit Dalam akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exit bersama auditee dan Pihak Penguruan Universiti. Laporan ini kemudiannya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit sebelum dihantar ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Audit Entrance merupakan sesi permulaan pelaksanaan proses auditan, sesi ini lebih merupakan sesi penerangan kepada pihak auditee tentang hala tuju dan objektif auditan yang akan dijalankan.
Bahagian Audit Dalam dipantau secara terus oleh Naib Canselor. Untuk menjamin ketelusan operasi audit, Bahagian Audit Dalam juga dipantau oleh Jawatankuasa Audit Universiti.