
PERUTUSAN BENDAHARI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah.
Semoga laman web ini dapat menjadi penghubung antara Jabatan Bendahari dengan siswa-siswi dan staf UMS untuk perkhidmatan terbaik kepada warganya.
Laman web ini juga diharap akan menjadi penghubung kepada dunia luar yang meliputi ibu bapa, pembekal/kontraktor, orang awam, rakan- rakan IPTA/ IPTS dan agensi- agensi kerajaan/bukan kerajaan yang lain. Jabatan Bendahari sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web ini.
Saya juga amat mengalu-alukan sebarang ‘cadangan/kritikan sihat’ untuk penambahbaikan berterusan laman web ini.
Akhir kata, saya dan seluruh warga Jabatan Bendahari ingin mengucapkan selamat melayari laman web rasmi Jabatan Bendahari.
PUAN ZALLIFAH BINTI SHADAN
Bendahari