Mengenai kami

Profil EcoFarm

Pusat Pengurusan EcoFarm (ECOFARM), UMS ditubuhkan pada 1 Ogos 2016 yang telah disahkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 5/2016 kali ke-74.

Salah satu objektif penubuhan pusat ini adalah untuk dijadikan sebagai pusat yang mentadbir urus semua projek UMS EcoFarm yang telah diluluskan oleh LPU iaitu projek UMS EcoFarm Apin-Apin Keningau, Ladang FPL UMS Kampus Sandakan, dan beberapa lagi projek EcoFarm yang masih diperingkat perancangan.

Pusat ini diperkasakan lagi dengan penambahbaikan objektif dan penambahan fungsi yang diluluskan pada 24 Ogos 2021 (JPU Bil. 29/2021 Kali ke-296). Dalam mesyuarat pemerkasaan tersebut, Ladang FPL kekal dibawah fakulti untuk memudahkan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan pelajar FPL dilaksanakan dengan cemerlang. Dalam mesyuarat yang sama, beberapa tanah lain dibawah pengurusan UMS seperti Pusat Penyelidikan Tanah Tinggi, UMS di Mesilau, Kundasang telah diletakkan dibawah EcoFarm.

Image
Image

FUNGSI Pusat Pengurusan EcoFarm

Fungsi Pusat Pengurusan Ecofarm adalah seperti berikut;

  • Melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang pertanian (Termasuk penyelidikan tahun akhir mengikut syarat dan peraturan yang telah dipersetujui terlebih dahulu).
  • Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi dalam bidang pertanian (Termasuk penyelidikan dan inovasi profesional mengikut syarat dan peraturan yang telah dipersetujui terlebih dahulu).
  • Melaksanakan Program Hubungan Industri dan Masyarakat.
  • Memberi Perkhidmatan profesional dalam bidang pertanian (Dijalankan mengikut syarat dan peraturan yang telah dipersetujui terlebih dahulu).
  • Menjalankan Program Penjanaan Pendapatan dalam bidang pertanian.
  • Menjalankan Program Pembangunan dan Demonstrasi Teknologi Pertanian Lestari.
  • Melaksanakan Program Pertanian Lestari.
  • Melaksanakan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan Secara Lestari.
  • Melaksanakan Pentadbiran dan Pengurusan Berkualiti
Image