KOTA KINABALU, SABAH – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang pakarnya, Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi dan Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred, atas pengiktirafan dalam senarai World’s Top 2% Scientists 2026.
Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi telah diiktiraf dalam kategori Career-Long Data dan Single-Year Data, manakala Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred menerima pengiktirafan dalam kategori Career-Long Data.
Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan dan pencapaian dalam bidang akademik serta penyelidikan, di samping memperkukuh keterlihatan dan reputasi penyelidikan FKI UMS di peringkat antarabangsa.
FKI UMS berharap agar pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti, khususnya para akademik dan penyelidik, untuk terus mempergiat usaha penyelidikan, menghasilkan inovasi serta menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan di peringkat kebangsaan dan global.
Sekalung tahniah kepada Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi dan Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan FKI UMS.
YOGYAKARTA, INDONESIA, 8–10 Oktober 2026 – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Musyawarah Nasional (MUNAS) VII APTIKOM 2026 yang berlangsung di Universitas Atma Jaya Yogyakarta dan Sahid Raya Hotel and Convention Center, Yogyakarta, Indonesia.
Penyertaan ini menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kerja Sama (PKS) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dengan APTIKOM, sekali gus memperkukuh pelaksanaan program kerjasama khas EduAPTIKOM.
Majlis penyerahan dokumen MoU tersebut menyaksikan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi, mewakili Naib Canselor UMS. Sementara itu, pihak APTIKOM diwakili oleh Ketua Umum bagi tempoh 2022–2026, Prof. Dr. rer. nat. Achmad Benny Mutiara.
Menerusi program EduAPTIKOM, ahli-ahli APTIKOM berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di FKI UMS dengan kadar yuran yang kompetitif melalui dua program pengajian, iaitu:
Sepanjang program berlangsung, reruai FKI UMS menerima kunjungan daripada pensyarah dan ahli akademik dari seluruh Indonesia. Perkembangan ini turut menyaksikan beberapa calon menerima Surat Tawaran Bersyarat bagi kemasukan ke program PhD untuk semester kedua sesi 2026/2027 secara langsung di reruai FKI UMS. Surat tawaran tersebut disampaikan sendiri oleh Dekan FKI, Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi.
Penyertaan FKI UMS dalam MUNAS VII APTIKOM 2026 diharap dapat terus memperluas peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran ilmu dan pembangunan bakat komputeran di rantau Nusantara.
Permohonan Program EduAPTIKOM
Calon yang berminat untuk menyertai program EduAPTIKOM boleh mengemukakan permohonan melalui pautan berikut:
https://mohon.ums.edu.my/pasca/
Bakal pelajar juga boleh mendapatkan maklumat mengenai penyelia berpotensi melalui UMS Expertise Directory di pautan berikut: