Piagam Pelanggan


A. PERKHIDMATAN GERBANG DIGITAL (KUKURO, HELPDESK)
  • Memastikan aduan pengguna peringkat pertama (isu minor: password, instalasi, dll) diselesaikan dan diberikan maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh maksimum 1 jam semasa waktu bekerja.
B. PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR (WIFI, PC, UCS, IoT, ABM)
  • Memastikan tindakan pembaikan peringkat kedua (isu major: penggantian alat, konfigurasi, dll) selepas diterima dari gerbang digital diselesaikan dan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh maksimum 3 hari bekerja.
  • Memastikan peminjaman dan penambahan perkakasan asas (tambahan node rangkaian, IP telefon, komputer, ABM, dll) yang tidak melibatkan perolehan baharu diselesaikan dalam tempoh maksimum 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
C. PERKHIDMATAN INFOSTRUKTUR (MODUL SISTEM)
  • Memastikan aduan dari gerbang digital yang melibatkan peringkat kedua (isu major: ralat fungsi sistem, capaian pengguna, dll) diteliti dan diselesaikan dalam tempoh maksimum 7 hari waktu bekerja.
  • Memastikan permohonan penambahbaikan dan pembangunan modul tambahan dalam sistem disemak dan diberikan maklumbalas status dalam tempoh maksimum 7 hari waktu bekerja.
D. PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER (PENCEROBOHAN PERINGKAT PENGGUNA)
  • Memastikan aduan insiden keselamatan siber peringkat pengguna disemak dan disahkan dalam tempoh maksimum 1 hari waktu berkerja.
E. PERKHIDMATAN TATAKELOLA DIGITAL
  • Memastikan permohonan kertas kerja ICT yang lengkap disemak dan diberikan syor teknikal oleh Pakar Digital (SME) dalam tempoh maksimum 8 hari berkerja sebelum dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT UMS (JTI).
0
Tahun 2023
0
Tahun 2022
0
Tahun 2021
0
Tahun 2020
0
Tahun 2019
0
Tahun 2018
0
Tahun 2017
0
Tahun 2016
0
Tahun 2015
0
Tahun 2014