
Kota Kinabalu, 18 April 2026 (Sabtu) – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) melalui Unit KAFA PIUMS telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) KAFA Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2026 yang bertempat di Bilik Seminar, Pusat Islam UMS dan dirasmikan oleh Dr. Baharudin bin Othman, merangkap Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
Majlis ini bertujuan mengiktiraf usaha dan komitmen pelajar KAFA serta memberi motivasi berterusan kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan Islam. Selain itu, program ini turut menghargai peranan guru dan ibu bapa dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.
Sepanjang majlis berlangsung, para pelajar telah menerima anugerah berdasarkan pencapaian masing-masing, di samping pengisian program yang tersusun bagi memeriahkan suasana dan meningkatkan semangat kecemerlangan dalam kalangan pelajar.
Penganjuran MAPC ini mencerminkan komitmen berterusan KAFA UMS dalam memperkasa pendidikan Al-Quran dan Fardu Ain secara holistik serta melahirkan generasi yang seimbang dari aspek ilmu, iman dan amal.