Popular Articles

Recent Stories

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2025/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2025/2026

🌟 SATU PEPERIKSAAN, SERIBU HARAPAN🌟

📖 Peperiksaan bukan sekadar menguji apa yang dipelajari, tetapi turut menguji kesabaran, ketabahan dan keyakinan kepada Allah SWT.

Unit Zakat, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2025/2026 kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Semoga setiap helaian jawapan dipermudahkan, setiap ilmu yang dipelajari diberi keberkatan, dan setiap usaha dibalas dengan kejayaan yang membanggakan.

Allah SWT berfirman:

"Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
(Surah Taha: 114)

✨ Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kecerdasan fikiran, kesihatan yang baik serta keputusan yang cemerlang.

Selamat Menjawab Peperiksaan dan Semoga Berjaya!

#ZakatUMSPusatIslamUMS 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo

SESI AUDIT DALAMAN ISO45001:2018 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) TAHUN 2026

SESI AUDIT DALAMAN ISO45001:2018 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) TAHUN 2026

 
SESI AUDIT DALAMAN ISO45001:2018 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) TAHUN 2026
 
KOTA KINABALU, ​20 JULAI – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) hari ini menerima kunjungan Panel Auditor bagi pelaksanaan Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018).
 
​Pelaksanaan audit ini bertujuan bagi memastikan pematuhan piawaian keselamatan dan kesihatan di persekitaran kerja Pusat Islam UMS berada pada tahap optimum secara berterusan diketuai oleh Puan Juliza Binti Ramzi dibantu oleh Encik Mohd. Zamrie Bin Musa dan Puan Siti Nurhaslina Mapiati.
 
​Pihak pengurusan Pusat Islam UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. Semoga Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan rahmat keselamatan kepada kita semua.
TAKLIMAT SOP ANJING LIAR KEPADA PELAJAR KAFA UMS TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN

TAKLIMAT SOP ANJING LIAR KEPADA PELAJAR KAFA UMS TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN

TAKLIMAT SOP ANJING LIAR KEPADA PELAJAR KAFA UMS TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN

Kota Kinabalu, 20 Mei 2026 (Rabu) – Pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Taklimat Standard Operating Procedure (SOP) Anjing Liar yang berlangsung di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS). Taklimat ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap aspek keselamatan serta tindakan yang betul apabila berhadapan dengan situasi melibatkan anjing liar di kawasan kampus.

Taklimat telah disampaikan oleh ASP/PB Adi bin Yusof, Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan UMS dan SM/PB Gorden Lazarus, Penolong Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan UMS, yang menerangkan berkaitan langkah keselamatan, tindakan pencegahan serta prosedur yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Melalui taklimat ini, para pelajar mendapat pendedahan mengenai kepentingan sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta melaporkan sebarang kejadian kepada pihak bertanggungjawab. Program ini mencerminkan komitmen Pusat Islam UMS dalam memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar KAFA UMS sentiasa diberi perhatian.

Diharapkan ilmu dan panduan yang diperoleh dapat diaplikasikan oleh para pelajar dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan harmoni.

BENGKEL TOT GURU KAFA UMS 2026 PERKASA KOMPETENSI PENDIDIK MELALUI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

BENGKEL TOT GURU KAFA UMS 2026 PERKASA KOMPETENSI PENDIDIK MELALUI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

BENGKEL TOT GURU KAFA UMS 2026 PERKASA KOMPETENSI PENDIDIK MELALUI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Kota Kinabalu, 18 Julai 2026 – Guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Bengkel Training of Trainers (TOT) Guru KAFA UMS 2026 yang berlangsung di Bilik Perbincangan, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS). Bengkel ini dianjurkan sebagai platform pembangunan profesional bagi memperkukuh kompetensi guru dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan penyelarasan dokumentasi KAFA UMS agar lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan serta latihan berkaitan penyediaan fail bayaran yuran bulanan KAFA UMS, penyediaan fail bayaran yuran pelajar mengikut kaedah pembayaran (manual dan potongan gaji), penyediaan laporan kutipan yuran bulanan, penyelarasan fail pentadbiran guru, serta pengurusan dan penyimpanan rekod pelajar mengikut prosedur yang ditetapkan. Bengkel ini turut memberi ruang kepada guru-guru untuk berkongsi amalan terbaik, menyelaras kaedah pelaksanaan tugasan serta membincangkan penambahbaikan dalam memastikan pengurusan KAFA UMS dilaksanakan secara lebih teratur dan efisien.

Selain memperkukuh aspek pentadbiran, bengkel ini turut menjadi medium untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan guru melalui perkongsian pengalaman, penyelarasan proses kerja serta pemantapan kefahaman terhadap tanggungjawab masing-masing dalam memastikan pengurusan KAFA UMS berjalan dengan lancar.

Penganjuran Bengkel TOT Guru KAFA UMS 2026 mencerminkan komitmen berterusan Pusat Islam UMS dalam memperkukuh profesionalisme guru serta meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran KAFA. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan pendidikan Islam yang lebih berkualiti, sistematik dan berintegriti.