TAKLIMAT SOP ANJING LIAR KEPADA PELAJAR KAFA UMS TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN

Kota Kinabalu, 20 Mei 2026 (Rabu) – Pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Taklimat Standard Operating Procedure (SOP) Anjing Liar yang berlangsung di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS). Taklimat ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap aspek keselamatan serta tindakan yang betul apabila berhadapan dengan situasi melibatkan anjing liar di kawasan kampus.

Taklimat telah disampaikan oleh ASP/PB Adi bin Yusof, Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan UMS dan SM/PB Gorden Lazarus, Penolong Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan UMS, yang menerangkan berkaitan langkah keselamatan, tindakan pencegahan serta prosedur yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Melalui taklimat ini, para pelajar mendapat pendedahan mengenai kepentingan sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta melaporkan sebarang kejadian kepada pihak bertanggungjawab. Program ini mencerminkan komitmen Pusat Islam UMS dalam memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar KAFA UMS sentiasa diberi perhatian.

Diharapkan ilmu dan panduan yang diperoleh dapat diaplikasikan oleh para pelajar dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan harmoni.