
SESI AUDIT DALAMAN ISO45001:2018 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) TAHUN 2026
KOTA KINABALU, 20 JULAI – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) hari ini menerima kunjungan Panel Auditor bagi pelaksanaan Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018).
Pelaksanaan audit ini bertujuan bagi memastikan pematuhan piawaian keselamatan dan kesihatan di persekitaran kerja Pusat Islam UMS berada pada tahap optimum secara berterusan diketuai oleh Puan Juliza Binti Ramzi dibantu oleh Encik Mohd. Zamrie Bin Musa dan Puan Siti Nurhaslina Mapiati.
Pihak pengurusan Pusat Islam UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. Semoga Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan rahmat keselamatan kepada kita semua.