PIUMS KOMITED DALAM MENGADAPTASIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (MS ISO 9001:2015)
 
KOTA KINABALU, 22 JULAI 2026 – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menerima kunjungan Panel Juruaudit Dalam yang diketuai oleh En. Abdul Haidy Bin Abdul Hamid, dibantu oleh Prof. Madya Dr. Julian Ransangan dan Pn. Joanne Justin sempena Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) yang berlangsung di Bilik Perbincangan Pusat Islam.
 
Audit ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di samping mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.
 
Pusat Islam UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel juruaudit dan seluruh warga kerja atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit.
 
Berita disunting oleh: En. Mohd Zakri Mainang