
Kota Kinabalu, Sabah — Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) melalui Bahagian Pendidikan dan Zakat (BPZ) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) KAFA UMS pada 24 Ogos 2025 bersamaan 1 Rabi‘ul Awwal 1447H bertempat di Courtyard Hotel @ 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini menghimpunkan para guru KAFA UMS dengan pengisian yang merangkumi peningkatan kemahiran pengajaran, perkongsian kaedah penulisan Jawi serta pemantapan metodologi penyampaian ilmu.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh kualiti tenaga pengajar KAFA sekaligus melahirkan para pendidik yang lebih kreatif, inovatif dan berkesan dalam mendidik generasi muda.
Disediakan oleh:
Bahagian Pendidikan & Zakat,
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah