Dari Meja PENGARAH

Image
Dr. Sarip Bin Adul
Pengarah
Pusat Islam
Universiti Malaysia Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mengucapkan  terima kasih kerana melayari laman web Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah.

Semoga menjadi sebahagian medium perhubungan antara kami warga Pusat Islam UMS dengan warga kampus dan masyarakat yang berada di luar kampus.

Pusat Islam UMS sentiasa berusaha menaik taraf perkhidmatan khususnya berkaitan Hal Ehwal Islam demi kemaslahatan warga kampus. Pusat Islam UMS bukan sahaja menguruskan Masjid UMS melalui aktiviti keagamaan, bahkan kini terlibat secara langsung dalam menjaga kebajikan warga kampus yang berkeperluan khusus melalui pengurusan zakat dan infak. Sebagai wakil amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Majlis Agama Islam Wilawah Persekutuan (MAIWP), Pusat Islam telah berjaya mengagihkan jutaan ringgit setiap tahun kepada asnaf dalam kalangan pelajar dan pekerja UMS. Pusat Islam juga terlibat dalam aktiviti pendidikan melalui kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang yang ditawarkan kepada orang ramai sepanjang tahun.

Kami di Pusat Islam UMS sentiasa bersedia menerima komen dan cadangan dari semua pihak bagi meningkatkan khidmat dan pengurusan kami setiap masa.

Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada Pusat Islam selama ini. Moga Allah SWT catatkan sebagai amal soleh dan diberikan pahala berganda.