
Kota Kinabalu, 05 Disember 2025 - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Bengkel Retreat PIUMS bagi tahun 2025/2026 yang telah diadakan selama dua hari, bertempat di Bilik Perbincangan, Pusat Islam UMS. Bengkel ini bertujuan menyelaras, merancang serta memperkemaskan hala tuju program dan aktiviti Pusat Islam bagi tahun akan datang agar lebih teratur, efektif dan selari dengan keperluan warga kampus.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu menghimpunkan semua warga kerja PIUMS. Turut hadir ialah para pegawai, staf pentadbiran serta wakil-wakil unit Pusat Islam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program tahunan. Penganjuran retreat ini juga bertujuan untuk menilai pencapaian tahunan, mengenal pasti keperluan penambahbaikan, serta merangka strategi baharu yang lebih efektif untuk manfaat warga Kampus UMS.
Bengkel Retreat PIUMS 2025/2026 berjaya mencapai matlamat untuk menganalisis prestasi yang kukuh pada tahun 2025, khususnya dalam aspek pengurusan pentadbiran dan aktiviti keagamaan tahunan. Walau bagaimanapun, PIUMS yakin bahawa hasil bengkel retreat ini akan memperkukuh lagi peranan pusat Islam dalam mempromosikan nilai ihsan, integriti dan kesejahteraan dalam komuniti kampus.
Berita disunting oleh: Mohd Zakri Bin Mainang, Unit Pentadbiran Pusat Islam UMS.