Kursus Ditawarkan

Pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan berdasarkan minat dan bakat, atau kursus wajib seperti yang disyorkan oleh penasihat akademik atau yang ditetapkan oleh Fakulti. Bagi beberapa bidang dan komponen tertentu, pengesahan pendaftaran kursus adalah tertakluk kepada prasyarat yang ditetapkan seperti berikut:

01

Kursus Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) (Darat, Udara dan Laut)

Tertakluk kepada lulus ujian fizikal dan ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

02

Kursus Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS)

Tertakluk kepada lulus ujian fizikal, ujian-ujian lain, dan temu duga yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

03

Kursus Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA)

Tertakluk kepada lulus ujian fizikal dan ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

04

Kursus Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM)

Tertakluk kepada lulus ujian fizikal dan ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

KOD KURSUS KAMPUS TERBUKA KEPADA PELAJAR SINOPSIS KURSUS
EK00103 INTERAKSI INSTITUSI DAN MASYARAKAT (INTERIM) BKI TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00102 INTERAKSI INSTITUSI DAN MASYARAKAT (INTERIM) BKI LBU SDK TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00203 PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR BKI TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00202 PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR BKI LBU SDK TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00303 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI (BAKTISISWA) BKI TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00302 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI (BAKTISISWA) BKI LBU TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00402 PENGURUSAN MASJID LBU TEMPATAN & ANTARABANGSA
EK00702 PIDATO BKI TEMPATAN & ANTARABANGSA
  • Wajib kepada pelajar untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam kredit (satu kursus) bagi kursus kokurikulum untuk tujuan pengijazahan.
  • Gred yang dicapai dalam kursus ini akan diambil kira dalam pengiraan PNGK pelajar.
  • Orientasi kursus adalah mengikut peratus pembelajaran berikut: 30% teori dan falsafah serta 70% praktikal/ studio.
  • Pelajar perlu menghadiri dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam semua aktivti kursus termasuk kuliah, program khidmat komuniti (UMS-SPRINT: SDG-ESG) dan Karnival Kokurikulum (KARKUMS).
  • Kuliah (teori dan latihan praktikal) bagi kursus kokurikulum akan diadakan selama 14 minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
  • Menyemak status pendaftaran kursus kokurikulum untuk mengelakkan kesilapan pemilihan kursus.
  • Cetak slip pendaftaran SMP untuk berurusan dengan pejabat Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) dan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) serta untuk rekod pelajar sendiri.