Image

Berikut merupakan falsafah kami:

PUSAT MINDAL LESTARI bertekad untuk menjadi sebuah pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang melalui:
  • Penyediaan infrastruktur yang kondusif dan menepati piawaian akta dan peraturan.
  • Pelaksanaan modul, silibus serta kurikulum yang komprehensif dan terkini oleh tenaga pengajar yang kompeten dan terlatih.
  • Pelaksanaan program yang bersifat strategi lautan biru melalui perkongsian kepakaran dan sumber yang terdapat di dalam universiti dan juga melalui kerjasama dengan pihak luar.
  • Pengurusan, pentadbiran dan penjanaan kewangan secara efektif bagi membolehkan pusat ini menjalankan operasinya secara lestari.