
Pusat Pengurusan Strategik (Strategi@UMS), komited menyokong pertumbuhan dan kelestarian Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui perancangan strategik yang berkesan, tadbir urus yang baik serta pembuatan keputusan berasaskan maklumat, dengan memastikan strategi universiti selari dengan visi UMS, memacu pembangunan mampan dan kecemerlangan akademik, serta mengambil kira keutamaan pendidikan tinggi di peringkat nasional dan global bagi memperkukuh daya saing universiti dalam landskap yang sentiasa berubah.
Perutusan
Pengarah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pengurusan Strategik (Strategi@UMS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). PPS berperanan sebagai tonggak penting dalam memacu hala tuju strategik universiti melalui perancangan strategik, tadbir urus yang berkesan serta pemantauan prestasi dan risiko bagi menyokong kecemerlangan institusi.
Dalam landskap pendidikan tinggi yang sentiasa berubah, PPS komited memastikan strategi UMS sentiasa selari dengan aspirasi nasional dan global, di samping mendukung pembangunan mampan dan kecemerlangan akademik. Setiap inisiatif yang dilaksanakan bertujuan menyokong visi UMS sebagai universiti bertaraf dunia yang inovatif dan berdaya saing.
Laman web ini disediakan sebagai platform perkongsian maklumat dan pencapaian PPS. Saya mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada seluruh warga universiti dan rakan strategik dalam usaha bersama membentuk masa depan UMS yang lebih berwawasan, inovatif dan mampan.
Sekian, terima kasih.
Profesor Ir. Dr. Nurmin Bolong
Pengarah Pusat Pengurusan Strategik (Strategi@UMS)

BERITA & AKTIVITI









PENCAPAIAN UMS










PENARAFAN ANTARABANGSA
GALERI
Call us: (+6088) 320625
Email us: smc[a]ums.edu.my

