PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPUU)

 
Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah (PPUU) adalah merupakan sebuah pejabat yang bertanggungjawab untuk memastikan segala tindakan Universiti adalah selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa dan sejajar dengan visi dan misi serta objektif Universiti untuk menjadi sebuah universiti berinovatif bertaraf dunia.

 

VISI

Visi PPUU adalah untuk melindungi kepentingan terbaik universiti dengan memberi komitmen perkhidmatan perundangan yang kompeten, professional dan efektif.

 

MISI

Ke arah mencapai visi, PPUU mengakujanji :

  • Menjadi pusat rujukan penasihatan perundangan kepada Universiti
  • Menyediakan dan mendapatkan kepakaran dalam hal ehwal perundangan berkaitan dengan Universiti termasuklah undang-undang kontrak, undang-undang administratif, harta intelek, undang-undang persekitaran, medico-legal dan undang-undang korporat yang melibatkan Universiti, pekerja dan pelajar Universiti
  • Melaksanakan program-program kesedaran perundangan dan integriti secara berterusan

 

OBJEKTIF

Memastikan semua tindakan Universiti selaras dengan peruntukan undang-undang agar risiko perundangan berada di tahap minima

 

MAXIM PERUNDANGAN

Justitia nemini neganda est