SEKSYEN PENASIHATAN

  1. Menasihati Universiti dalam semua hal ehwal perundangan yang melibatkan governan, polisi dan pentadbiran am, pembangunan, hal ehwal pekerja dan pelajar, kampus dan akademik.
  2. Menasihati Universiti mengenai tafsiran bagi mana-mana peruntukan perundangan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 (‘Akta 605’), Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah-Kaedah,Peraturan, keputusan kehakiman di Mahkamah, MoU, MoA, pekeliling-pekeliling, surat pekeliling dan garis panduan yang berkaitan dengan kepentingan Universiti.
  3. Menasihati Pihak Berkuasa Universiti termasuk Lembaga, Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan pegawai Universiti yang lain berkaitan dengan fungsi, kuasa dan kewajipan yang diperuntukan di bawah AUKU, Akta 605, Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah, Peraturan dan lain-lain perundangan.
  4. Mewakili Universiti dalam mesyuarat atau perbincangan berkaitan isu-isu perundangan yang melibatkan kepentingan Universiti dengan Agensi Pusat dan lain-lain pihak ketiga.
  5. Menasihati Universiti dalam urusan berkaitan tindakan tatatertib yang diambil terhadap pekerja dan pelajar Universiti supaya selaras dengan peruntukan undang-undang.
  6. Memberi kefahaman kepada pekerja dan pelajar Universiti mengenai AUKU, Akta 605, Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan yang terpakai kepada Universiti.
  7. Menasihati Universiti dalam semua aspek mengenai hak, liabiliti dan isu-isu berkenaan harta intelek dan pengkomersialan Universiti.
  8. Memberi khidmat nasihat perundangan berkaitan dengan Universiti kepada mana-mana pekerja dan pelajar Universiti.

SEKSYEN PERUNDANGAN

  1. Mencadang, menyelia, meminda dan menyemak statut, kaedah dan peraturan agar selaras dengan AUKU/ Perlembagaan UMS dan lain-lain perundangan.
  2. Mengemukakan dan menjelaskan cadangan deraf atau pindaan statut, kaedah dan peraturan kepada Agensi Pusat yang berkaitan.
  3. Membantu Agensi Pusat yang berkaitan dalam pindaan dan penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan universiti awam.
  4. Memberi pandangan serta menafsirkan statut, kaedah, peraturan dan lain-lain perundangan.
  5. Menyediakan, menderaf, menyemak dan memperakukan cadangan deraf atau pindaan statut, kaedah, peraturan dan lain-lain perundangan.

SEKSYEN LITIGASI

  1. Mengeluarkan tuntutan bagi kes pecah kontrak perjanjian Universiti dan lain-lain tuntutan
  2. Memantau dan melaporkan kepada Universiti kes-kes mahkamah yang melibatkan Universiti, pekerja dan pelajar Universiti.
  3. Melantik dan menyelia prestasi Peguam Panel yang dilantik oleh Universiti.
  4. Meneliti dokumentasi perundangan yang disediakan oleh Peguam Panel.
  5. Menghadiri perbicaraan mahkamah dan mengadakan perbincangan dengan Peguam Panel bagi kes-kes litigasi yang melibatkan Universiti.

SEKSYEN GUBALAN

  1. Menyedia, menderaf, menyemak dan memperakukan Surat Niat (LOI), Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA), perjanjian definitif dan lain-lain perjanjian yang melibatkan Universiti.
  2. Mengadakan perundingan dengan pihak luar negara, pejabat kerajaan, universiti tempatan dan luar negara, dan sektor swasta mengenai terma-tema dan syarat-syarat MoU dan MoA yang melibatkan Universiti.
  3. Menyedia laporan dan pandangan perundangan bagi implikasi perundangan MoU, MoA, perjanjian definitif dan lain-lain perjanjian kepada Universiti
  4. Menasihat dari segi kesesuaian, menyemak dan memperbaiki contoh LOI, MoU, MoA/Perjanjian Definitif/lain-lain perjanjian Universiti secara berkala

SEKSYEN ADUAN & SIASATAN

  1. Menjalankan siasatan bagi aduan yang diterima atau dirujukkan
  2. Menyediakan laporan siasatan untuk dirujukkan kepada Pihak Berkuasa Universiti
  3. Merujukkan hasil siasatan untuk tindakan selanjutnya oleh Seksyen Tatatertib atau Seksyen Integriti

SEKSYEN TATATERTIB

  1. Menyediakan laporan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan/Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar
  2. Menjadi Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan/Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar.
  3. Menjadi Urusetia Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Kakitangan/Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar
  4. Menasihati universiti dalam semua aspek disiplin dan salahlaku kakitangan dan pelajar Universiti
  5. Menyelaras tindakan surcaj kakitangan

SEKSYEN INTEGRITI

  1. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  2. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  3. Merujukkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  4. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  5. Melaksanakan program-program kesedaran integriti dari semasa ke semasa.
  6. Mengendalikan penarafan Indeks Persepsi Integriti Universiti Malaysia Sabah.

SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN

  1. Menyelaras, mengurus dan memantau hal ehwal pentadbiran dan kewangan
  2. Menguruskan sistem rekod dan fail
  3. Menjadi Urusetia Retreat tahunan
  4. Mengurus platform media sosial rasmi PPUU