Dari Meja Pengerusi PSAUMS. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh warga UMS.   

Tahniah Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Sabah yang merupakan Naib Canselor Yang Ke 6. Yang Berbahagia Prof Datuk Dr. Taufiq Yap Hun Yin. Persatuan Staf Akademik Universiti Malaysia Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Taufiq Hun Yin atas lantikan yang tepat oleh jawatan kuasa pemilih Naib Canselor yang berpengalaman, yang telah memilih Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Hun ke jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang ke 6 berdasarkan merit kecemerlangan akademik dan kecemerlangan kepimpinan beliau. Beliau telah menerima beberapa anugerah utama akademik termasuk Saintis Negara pada tahun 2007 dan Anugerah Penyelidik Negara  pada tahun 2018. Beliau juga merupakan Top Saintis Negara dan telah menerima anugerah tersebut pada tahun 2018. Beliau juga telah menerima beberapa Anugerah Cemerlang yang lain yang berkaitan dengan keunggulan di persada akademik. UMS amat bertuah kerana mendapat seorang Naib Canselor yang merupakan seorang ahli akademik yang berkredibliti dalam dunia pendidikan tinggi di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Kejayaan beliau sebagai ahli akademik terkemuka akan dapat memajukan kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah untuk sama-sama bersaing keunggulannya di persada Kebangsaan dan International. PSAUMS akan sentiasa bekerjasama dan membantu beliau dalam menjayakan segala usaha beliau untuk mengangkat misi dan visi kecemerlangan UMS. PSAUMS yakin dengan kepimpinan beliau sebagai anak Sabah yang berjaya, boleh memimpin dan mentadbir UMS dengan baik dan cemerlang. 

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Mohd Nor Azan Abdullah

Pengerusi