Kira-kira 200 peserta telah menjayakan Program Seminar Keterangkuman Organisasi yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 18 April 2025.
Program anjuran PPIB dengan kerjasama SPSM itu dihadiri pensyarah, kakitangan dan pelajar UMSKAL.
Ceramah disampaikan penceramah jemputan, Sharifah Yong Nadia Omar Salleh.
Penyelaras Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), Dr. Syahrul Nizam Salam berkata objektif Seminar Keterangkuman Organisasi itu ialah meningkatkan kesedaran mengenai keterangkuman dan kepelbagaian.
Memberikan pemahaman kepada peserta tentang kepentingan keterangkuman dan bagaimana kepelbagaian budaya, latar belakang dan pengalaman boleh memperkayakan organisasi.
Membangunkan kemahiran kepimpinan keterangkuman.
Melatih pemimpin dan kakitangan untuk mengamalkan gaya kepimpinan yang inklusif serta menggalakkan komunikasi yang terbuka dan menghormati dalam kalangan ahli pasukan.
Menggalakkan strategi dan polisi organisasi yang inklusif Membantu organisasi mengenalpasti dan melaksanakan polisi, prosedur, dan budaya kerja yang menyokong keterangkuman serta menangani isu diskriminasi atau ketidaksamarataan secara berkesan.
Majlis yang bermula pukul 9 pagi itu dirasmikan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Turut hadir Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin.
Terima Kasih Semua.