PENTADBIRAN
NAMA PEJABAT: PEJABAT PENGARAH
NAMA PEJABAT: KLINIK RAWATAN WARGA
PENGENALAN:
Sektor Klinik Rawatan Warga lebih dikenali sebagai KRW menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada warga UMS yang dikendalikan oleh kakitangan perubatan profesional yang terlatih.
FUNGSI PUSAT/SEKTOR:
1. Bertindak sebagai cawangan utama Pusat Kesihatan Universiti (PKU), KRW berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan selamat kepada staf dan pelajar UMS.
2. KRW menyediakan rawatan penjagaan primer asas dan rawatan kecemasan kepada staf dan pelajar sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
3. Perkhidmatan Perubatan disediakan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan pelajar sepanjang tempoh pengajian di UMS.
PROSEDUR DAN PERKHIDMATAN:
• Pemeriksaan kesihatan umum
• Ubat-ubatan asas / ringkas
• Pengambilan darah
• Pencucian luka
• Vaksinasi
HUBUNGI KAMI:
Telefon/WhatsApp: 087-503019
Emel: umskalkrw@ums.edu.my
WAKTU OPERASI KRW:
Jadual Operasi bermula Oktober 2025:
Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Ahad, Cuti Semester dan Cuti Umum: Tutup
Rehat: 1.00 - 2.00 petang
**Sebarang perubahan sila rujuk di papan kenyataan KRW.

NAMA PEJABAT: BAHAGIAN KEWANGAN
PENGENALAN:
Bahagian Kewangan bertindak sebagai jabatan yang menyelaras bantuan kewangan pelajar dan juga urusan pembayaran yuran pengajian pelajar.
1. Seksyen Pengurusan Perolehan, Penjanaan, Belanjawan & Stor
- Unit Perolehan & Belanjawan
- Unit Penjanaan
- Unit Stor
2. Seksyen Pengurusan Kewangan Pelajar, Tunai & Hasil
- Unit Kewangan Pelajar
- Unit Terimaan
- Unit Kutipan
- Unit Tunai
3. Seksyen Pengurusan Bayaran, Pelaporan & Aset
- Unit Aset
- Unit Bayaran
4. Unit Pentadbiran
HUBUNGI KAMI:
Telefon: 087-503050
Emel: pbrikal@ums.edu.my
NAMA PEJABAT: BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UMSKAL
PENGENALAN:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Malaysia Sabah berperanan sebagai pusat sokongan utama dalam pembangunan pelajar secara holistik. Melalui Unit Pentadbiran & Pembangunan Pelajar serta Seksyen Kaunseling & Kebajikan, BHEP mengurus pelbagai aspek penting termasuk kelulusan aktiviti pelajar, pemantauan kelab dan persatuan, latihan kepimpinan, serta penyelarasan program pembangunan sahsiah seperti MySDP.
Selain itu, BHEP turut menyediakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan kerjaya, dan bantuan kebajikan bagi memastikan kesejahteraan emosi dan sosial pelajar sentiasa terpelihara. Dari sokongan dokumentasi hingga pengurusan kecemasan, BHEP komited untuk melahirkan pelajar yang aktif, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada komuniti kampus serta masyarakat.
FUNGSI PUSAT/SEKTOR:- Memastikan aktiviti pelajar dilaksanakan dengan jelas dan mengikut garis panduan HEP
- Meluluskan Kertas Kerja Program Pelajar selepas menerima semakan MPP
- Menjadualkan semua maklumat slot ke dalam jadual utama MSM
- Mengurus permohonan MySDP pelajar
- Pemantauan pergerakan Persatuan/Kelab pelajar
- Membantu permohonan penubuhan Persatuan/Kelab pelajar
- Pemantauan terhadap semua aktiviti pelajar
- Menawarkan Perkhidmatan Kaunseling, Bimbingan & Khidmat Rundingan
- Menyelaras Program Kerjaya & Program Motivasi
- Menguruskan Permohonan Bantuan Kebajikan di bawah HEP
- Menguruskan Permohonan Rawatan Pelajar & Kes Kecemasan
- Menguruskan Bantuan Kewangan Pelajar di bawah UMS
HUBUNGI KAMI:
WhatsApp : https://wa.me/6087503122
Instagram : https://www.instagram.com/bhepumskal/
Telefon : 087-503122
Emel : hepkal@ums.edu.my
PENGENALAN:
Sektor ini berperanan sebagai pembangun dan pelaksana teknologi maklumat di Universiti. Perkhidmatan yang disediakan adalah bermatlamat untuk mewujudkan satu persekitaran penggunaan Teknologi Maklumat yang berkesan, dapat membantu meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan disiplin pengguna ICT dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran Universiti.
ii) Perkhidmatan Pelanggan - Menerima dan merekod aduan pelanggan dan memajukan kepada pegawai yang bertanggungjawab selepas aduan diterima.
iii) Perkhidmatan bantuan teknikal/peralatan ICT - Memberikan perkhidmatan ICT yang berkualiti merangkumi perkakasan dan perisian kepada pelanggan UMSKAL.
FUNGSI PUSAT/ SEKTOR:
1. UNIT RANGKAIAN KAMPUS & KOMUNIKASI
2. UNIT TEKNOLOGI KOMPUTER
3. UNIT SISTEM MAKLUMAT PENTADBIRAN
4. UNIT SISTEM MAKLUMAT AKADEMIK & HELPDESK
5. UNIT KANDUNGAN KREATIF
6. UNIT PENTADBIRAN AM DAN KEWANGAN
HUBUNGI KAMI:
Emel : pejbtmk@ums.edu.my

NAMA PEJABAT: SEKTOR PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
PENGENALAN:
Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia diamanahkan untuk melaksanakan tadbir urus baik, menguruskan modal insan, kemudahan fasiliti dan kenderaan dengan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan Sektor dan Kampus.
PIAGAM PELANGGAN:
i. Memproses tempahan penginapan kakitangan (tugas rasmi luar pejabat) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum perjalanan.
ii. Memproses dokumen permohonan rawatan perubatan kakitangan luar Labuan dalam tempoh dua (2) hari bekerja sebelum perjalanan.
FUNGSI PUSAT/ SEKTOR:
1. Unit Pentadbiran
2. Unit Kewangan dan Aset
3. Unit Kualiti dan Korporat
4. Unit Sumber Manusia
5. Unit Kemudahan Fasiliti dan Kenderaan
6. Unit Media
7. Unit Mel Pos
HUBUNGI KAMI:
Telefon: 087-503000 ext: 400300
Emel: adminkal@ums.edu.my
NAMA PEJABAT: SEKTOR PERKHIDMATAN AKADEMIK
PENGENALAN:
Unit ini berperanan mengurus pendaftaran Universiti, penawaran dan pendaftaran kursus, penjadualan kuliah, pengurusan dan pelaksanaan peperiksaan akhir, menyelaras tempahan dewan/bilik kuliah, khidmat pelanggan serta pengurusan pentadbiran dan rekod.
1. Unit Pendaftaran Universiti dan Kursus
2. Unit Penjadualan Kuliah dan Tempahan Ruang (Dewan/Bilik Kuliah)
3. Unit Pengurusan Peperiksaan
4. Unit Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah, Diploma dan Asasi (JKPDA)
5. Unit Pengurusan Khidmat Pelanggan / Kaunter Perkhidmatan Pelanggan
6. Unit Pentadbiran Pejabat dan Rekod
HUBUNGI KAMI:
Telefon: 087-503000 Ext: 400900
Emel: spakal@ums.edu.my
NAMA PEJABAT: SEKTOR PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
PENGENALAN:
SPP merupakan Sektor teknikal di UMSKAL yang menjadi tulang belakang kepada Universiti. SPP bertindak sebagai sektor dalam melaksanakan program Pembangunan dan Penyelenggaraan di UMSKAL meliputi penyediaan infrastruktur dan prasarana terbaik untuk warga kampus.
PIAGAM PELANGGAN:
i) memastikan 90% aduan & permohonan diberi maklum balas dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
ii) memastikan sekurang-kurangnya 70% aduan pembaikan yang diterima diselesaikan pada tahun semasa.
FUNGSI PUSAT/ SEKTOR:
1. Menyelaras dan melaksana segala urusan pentadbiran, penyeliaan fail dan rekod di peringkat sektor.
2. Bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan kewangan yang melibatkan proses perolehan jabatan, pengurusan aset, inventori, dan lain-lain.
3. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras persiapan serta menyediakan keperluan logistik dan teknikal bagi persiapan majlis rasmi Universiti dan aktiviti pelajar.
4. Bertanggunajawab dalam mengurus dan menyediakan maklumat kos pembaikan dan penyelenggaraan berkaitan perolehan dan kontrak kepada Jabatan.
5. Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, menguji, mengawal selia dan menyelenggara berkaitan sistem mekanikal termasuk memberi khidmat nasihat kepakaran.
6. Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, menguji, mengawal selia dan menyelenggara berkaitan sistem elektrikal termasuk memberi khidmat nasihat kepakaran.
7. Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus hal ehwal penyelenggaraan dan pembaikan kecil berkaitan skop kejuruteraan awam termasuk memberi khidmat nasihat teknikal.
8. Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan mengawal selia aktiviti penyelenggaraan lanskap, pembersihan dan kawalan makhluk perosak di UMSKAL.
9. Merancang, mengurus dan menyelenggara kenderaan Universiti.
10. Bertanggungjawab mengurus, menganalisa dan menyediakan laporan penggunaan utiliti UMSKAL.
11. Mengurus dan menyelaras hal ehwal berkaitan pendaftaran permohonan perkhidmatan dan tempahan melalui sistem TAMS.
12. Menerima dan melaksanakan segala permohonan atau aduan yang melibatkan kerja-kerja kecemasan.
13. Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecil yang dilakukan secara in-house (DIY).
HUBUNGI KAMI:
Telefon : 087-503000 ext 401800
Emel : sppumskal@ums.edu.my
NAMA PEJABAT: SEKTOR PERPUSTAKAAN
PENGENALAN:
Cawangan ini ditubuhkan pada tahun 1999 untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran bagi Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan serta Fakulti Komputeran dan Informatik. Lokasinya terletak di Bangunan Sokongan dengan keluasan 2,184 meter persegi yang mampu menampung sehingga 314 pengguna pada satu masa. Perpustakaan Kampus Antarabangsa Labuan dibuka kepada pengguna pada Januari 1999.
Perkhidmatan dan Kemudahan Perpustakaan yang disediakan
1. Bilik Perbincangan2. Bilik Smart Space
3. Ruang Bacaan
4. Ruang Santai
5. Surau
6. Penapis air (Water Dispenser)
7. WiFi
PIAGAM PELANGGAN:
1. Memastikan 80% bahan di rak boleh dicapai oleh pelanggan.
2. Memberikan maklum balas pertanyaan rujukan dan informasi dalam tempoh 24 jam.
3. Memastikan ketersediaan bahan baharu di rak boleh diakses oleh pelanggan dalam tempoh 30 hari waktu bekerja.
4. Membekalkan bahan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) dalam tempoh 3 (tiga) hari dari tarikh permohonan pada waktu bekerja.
FUNGSI PUSAT/ SEKTOR:
Bertanggungjawab menguruskan koleksi perpustakaan, perkhidmatan sirkulasi, perkhidmatan pelanggan, literasi maklumat dan rujukan & informasi bagi menyokong misi dan visi universiti.
HUBUNGI KAMI:
Telefon : +6087 503014 (Ketua Sektor)
Telefon : +6087 503123 (Pejabat)
Telefon : +6087 503119 (Kaunter Utama)
Faks : +6087-503105
Emel: librarykal@ums.edu.my
Whatsapp : +6087 503119
Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) & Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD)
Emel: papkal@ums.edu.my
Sektor Sukan dan Rekreasi berperanan dalam membantu Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengendalikan semua aktiviti berbentuk sukan dan rekreasi di samping memberi perkhidmatan berkaitan kemudahan, pertandingan dan khidmat nasihat dalam bidang sukan. Selain itu, bahagian ini juga berperanan membantu melaksanakan dan menjayakan Sukan Teras dan sukan berprestasi tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan sukan Negara.
Sektor Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid ditubuhkan untuk mendidik masyarakat di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan terhadap aplikasi agama islam dalam kehidupan di samping menyusun dan merancang aktiviti dan pembangunan Masjid. Selain itu, bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu asas seperti ilmu fardhu Ain mahupun ilmu fardhu Khifayah bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari sudut emosi, mental dan spiritual. Bahagian ini juga merupakan pusat kepada permasalahan agama, menyelesaikan masalah sosial serta bertanggungjawab ke arah pembangunan dan perpaduan ummah khususnya masyarakat UMSKAL.
Hubungi Kami
UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 WP Labuan
+(60) 87 - 503 000
adminkal[at]ums.edu.my